00:00Sejak awal Ogos 2026, Malaysia berdepan episode jerebu berpanjangan yang menjejaskan seluruh negara.
00:10Di beberapa lokasi, bacaan Indeks Pencema Udara atau IPU telah mencecah tahap tidak sihat, sangat tidak sihat dan berbahaya.
00:24Jabatan Alam Sekitar memaklumkan bahawa jerebu semasa berpunca daripada asap kelompok titik panas di Kalimantan dan Sumatera,
00:37manakala keadaan panas dan kering meningkatkan risiko kebakaran berterusan.
00:42Dewan ini perlu membahaskan dengan segera tindakan lebih tegas dan menyeruruh untuk melindungi rakyat,
00:50memperkukuh penguatkuasaan dan mekanisme Undang-Undang serta meningkatkan kesiapsiagaan Malaysia menghadapi ancaman jerebu.
01:02Yang dipertua telah meneliti perkara ini dan mendapati bahawa perkara-perkara ini adalah perkara yang tertentu.
01:13Ia adalah bagi kepentingan orang ramai dan perkara ini juga perlu disegerakan.
01:20Oleh yang sedemikian, yang dipertua membenarkan usul ini untuk dirundingkan pada hari ini di kamar khas pada petang ini.