Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Nak kritik filem boleh, tapi jangan fitnah - Pengarah

Category

✨
People
Transcript
00:00Kalau kita takut orang tonton film kita dan mengkritik ataupun mengulas film kita, jangan buat film.
00:06Tapi ada yang hentam tu jenis yang untuk menjatuhkan ke apa, personal ke, fitnah tu lain.
00:12Itu saya tak sokong.
00:13Pengarah Zulkanain Azhar terbuka jika film arahannya dikritik atau menerima ulasan jujur daripada pengkritik maupun pengulas.
00:21Bagi Zulkanain, kritikan adalah perkara biasa dalam dunia perfilman.
00:25Namun, dia tidak bersetuju jika ada pihak yang sengaja menjatuhkan sesuatu karya atas kepentingan pribadi.
00:33Malah, dia turut mendengar dawaan daripada rakan industri mengenai pengulas film yang didakwa meminta bayaran untuk memberikan ulasan positif.
00:42Tapi sebelum itu, jom kita dengar dulu pandangan Zulkanain mengenai perbezaan antara pengkritik dengan pengulas film.
00:49Dia ada dua perbezaan iaitu pengkritik dengan reviewer.
00:53Okay, pengulas. Sekarang ni sebenarnya dari segi yang mana yang cik cakap tadi tu adalah pengulas.
00:59Pengkritik dia ada ilmu. That's why dia jadi pengkritik.
01:01Dan ini tak ramai sebenarnya. Dekat dalam Malaysia ni tak ramai lah.
01:05Dulu kita ada kusuman kusin, semua ni. Sekarang ni adalah Dene Kadir.
01:09So, yang ini adalah pengkritik.
01:11Bila kita tengok pengulas, pengulas ni dia lebih besar.
01:14Oleh kerana jumlah dia ramai dan pengikut dia ramai, dia menjadi salah satu faktor lah.
01:20Kadang-kadang penonton tu ikut. Dia sebab apa? Sebab pada pendapat saya lah.
01:25Kenapa reviewer atau pengulas ni lebih relevan?
01:28Sebab dia ni orang biasa. Dia bukan pengkritik.
01:30Macam saya sebut tadi, pengkritik ni bila dia ada ilmu, kadang-kadang dia macam cikgu.
01:35Orang-orang kita tak nak dengar.
01:36Dia tak nak, oh ni cerita pasal ni, ini prinsip dia, semiotip begini, begitu, begini.
01:41Dia dah macam kelas lah.
01:42Tetapi, untuk pengulas, sekarang ni saya terus orang cakap lah.
01:46Cabaran kepada pemikin filem, kita sekarang ni bukan membuat filem untuk penonton.
01:52Penonton yang sekarang ni yang saya boleh katakan, mereka bila dia menonton,
01:56dia orang dah tahu dah, oh ni macam ni dia buat, CGI ni begini, VFX ni begini.
02:01Oh lah ni tak cantik lah, colour grading.
02:03Oh ni sound begini.
02:05Nampak tak? Dia dah tak ada magic lah. Dia dah tahu trik tu apa.
02:08Dan kebanyakan penonton adalah pengulas.
02:11Apabila mereka menonton, laju-laju, dah habis dia terus nak tunjukkan mereka tahu tu.
02:16Tentang magic tu kan, dia yang tahu.
02:18Bukan magic lah.
02:19So, dia terus mengulas.
02:20Jadi, itu cabaran pada pemikin.
02:22Pemikin kita dah sekarang ni, kena buat something yang dia tak tahu.
02:28Nak kena create magic tu.
02:30Saya bukanlah nak kata, oh kita kena halang.
02:32Tapi, pada saya biar balance.
02:33Pengulas ni memang ramai, tapi kita ramaikan juga pengkritik.
02:36Pengkritik ni yang akan memberi satu gambaran terhadap industri film tu.
02:42Sebab dia akan jadi check and balance.
02:44Pengulas ni ramai.
02:45Saya rasa penonton semua pengulas.
02:46Yang mana pengikut besar pun semua ni, dia ada dia punya podcast dan apa semua tu.
02:50Itu dia dah jadikan carrier dia sebagai pengulas.
02:53Jadi, macam abang okey lah untuk orang memberikan pandangan mereka even dengan secara kasar terhadap karya-karya abang ke.
03:00Jadi, pada saya lah, personally, pada saya, saya tak kisah.
03:03Sebab sifat film adalah untuk dipertontonkan.
03:07Kalau kita takut orang tonton film kita dan mengkritik ataupun mengulas film kita, jangan buat film.
03:13Tapi, ada yang hentam tu jenis yang untuk menjatuhkan ke apa, personal ke, fitnah tu lain.
03:19Itu saya tak sokong.
03:20Tapi, dia hentam atas dia punya kapasiti intelektual dia, tak apa.
03:23Tapi, fitnah, jangan.
03:25Memang dia nak menjatuhkan film tu kerana agenda dia.
03:29Mungkin dia tolong film lain ke, nak jatuhkan film tu.
03:32Itu pun kita susah nak cakap lah.
03:35Kadang-kadang, tahu kita boleh dapat.
03:36Kenal pasti, ada yang tak kenal pasti.
03:38Ada yang dibayar.
03:39Minta pula.
03:40Ni dah, umpama macam rasuah.
03:42Benda ni berlaku.
03:44Apa pernah dapat?
03:44Tahu nak review film yang baik, bayar?
03:48Tak ada. Saya tak pernah dapat.
03:49Tapi, rakan, pemikin, penggiat film ada yang mengadu ke saya.
03:53So, tidak semualah review film tu telus.
03:56Ada yang minta juga lah.
03:57Memang ada yang minta.
03:58Ini bukan saya.
03:59Saya tak dapat.
04:00Tapi, ini saya dengar first hand daripada orang yang kena.
04:03Memang ada.
04:04Tapi, saya tak nak sebut siapa lah.
04:06Tapi, memang ada.
04:08Dia bagi tahu saya.
04:08Ada yang pengikut tak ramai pun.
04:10Minta juga untuk buat review.
04:13Untuk bayar review dia.
04:14Benda ni, tak boleh.
04:16Ini, umpama macam rasuah lah.
04:17Jadi, saya harap pengulas-pengulas ni, fikirkanlah.
04:20Berkat hidup kita dengan rezeki macam ni, tak baiklah.
04:25Satu, mengulas secara jujur.
04:27Mengulas tu, biarlah jangan ada elemen-elemen rasuah dalam tu.

Recommended