Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Kertas siasatan berhubung kemalangan enam kenderaan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, yang mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan lanjut.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ketua siasatan berhubung kemalangan enam kenderaan di Jalan Kucing, Kuala Lumpur yang mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun
00:08akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya TPR untuk arahan lanjut.
00:13Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik JSPT Kuala Lumpur, ACP Muhammad Zamzuri Muhammad Isa berkata, pemandu kereta yang melanggar kenderaan
00:21dinaiki mangsa dari belakang masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta.
00:26Katanya, pegawai penyiasat sedang melengkapkan siasatan dan memantau keadaan pemandu.
00:31Dalam kejadian pada petang Sabtu lepas, kereta dinaiki mangsa bersama dengan bapanya dilanggar dari belakang ketika aliran trafik pelahan di
00:40Jalan Kucing menghala ke Segambut.
00:43Mangsa yang duduk di tempat penumpang belakang mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di hospital Kuala Lumpur.
00:51Lelaki berusia 24 tahun yang memandu kereta yang melanggar kenderaan mangsa kemudian dikesan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di
00:59Damansara akibat gegaran otak selepas meninggalkan lokasi kejadian.
01:04Terima kasih.
01:07Terima kasih.

Recommended