00:00Pelarian yang memasuki Malaysia selepas Januari 2023 tidak akan dipertimbangkan untuk menerima dokumen pendaftaran pelarian DPP
00:09bagi mengelakkan sistem pendaftaran itu dijadikan faktor penarik kemasukan warga asing baru.
00:15Menteri Dalam Negeri, Datuk Sri Saifuddin Nasution Ismail berkata pertimbangan bagi pemberian DPP hanya terhad kepada pelarian sedia ada yang
00:23telah berada di negara ini sebelum atau sehingga tarikh berkenaan.
00:27Bermula kita umumkan DPP sebagai satu mekanisme pendaftaran cut off date kita iaitu Januari 2023, Mac 2023 masa kita umumkan
00:39mana-mana yang masuk selepas itu mereka tidak akan diberikan peluang untuk kita pertimbangkan di bawah DPP.
00:48Kita proses yang sedia ada, jadi pool factor macam yang disampaikan oleh yang berhormat. Sudah barang pasti, itu akan berlaku.
00:55Menerusi pelaksanaan DPP katanya, KDN menjalankan proses pendataan secara menyeluruh, merangkumi pendaftaran maklumat peribadi,
01:03saringan keselamatan oleh polis diraja Malaysia PDRM dan Jabatan Imigresin serta pengambilan data biometrik.
01:11Saifuddin Nasution berkata, sasaran pendataan tahun ini melibatkan kira-kira 4,000 pelarian di Dipo Tahanan Imigresin DTI untuk DPP
01:19fasa pertama yang bermula Januari tahun ini
01:22dan 2,000 di Luar Dipo sebelum ditingkatkan kepada 20,000 orang pada tahun hadapan.
01:29Proses pendataan itu bukan bermula dalam keadaan vakum kerana KDN kini memegang kira-kira 30,000 data pelarian yang lengkap
01:37dengan nama serta maklumat majikan hasil pelaksanaan fasa awal yang dimulakan petabiran sebelum ini.
01:43Terima kasih kerana menonton!