00:00Apple tidak akan melancarkan papan rumah pintar baharunya atau Home View di Kesatuan Eropah EU sesulan pertikaian berhubung akses data
00:08kepada pesaing kecedasan buatan AI.
00:11Peranti itu direka untuk memudahkan pengguna mengawal peralatan pintar yang saling berhubung di rumah terbasuk menerusi siri yang diperkasa teknologi
00:20AI.
00:23Bagaimanapun, siri versi AI tidak tersedia pada iPhone dan iPad di EU berikutan pertikaian Apple dengan Suruhanjaya Eropah.
00:30Suruhanjaya itu menegaskan Apple perlu memberikan akses setara kepada pesaing di bawah akta pasaran digital bagi mengelakkan syarikat berkenaan memberikan
00:38kelebihan kepada produknya sendiri.
00:40Apple menolak tuntutan itu atas alasan keselamatan data namun menegaskan pihaknya sedang bekerjasama secara konstruktif dengan EU bagi mencari penyelesaian.
00:49Home View akan dilancarkan terlebih dahulu di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Canada, India dan New Zealand.
00:57Peranti itu mampu mengenali sehingga enam anggota isi rumah menerusi kamera dan memaparkan maklumat yang disesuaikan untuk setiap individu.
01:04Ia turut boleh digunakan untuk memainkan muzik, menetapkan pemasar dan membuat panggilan video.