Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Sektor pembinaan tempatan dijangka mencapai nilai kontrak baharu tertinggi dalam sejarah, didorong oleh kontrak pembinaan pusat data bernilai RM10 bilion yang diperoleh pada suku ketiga tahun ini. Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata, pencapaian itu berupaya mengatasi rekod RM56 bilion yang dicatatkan sepuluh tahun lalu.
Transcript
00:00Sektor pembinaan tempatan dijangka mencapai nilai kontrak baharu tertinggi dalam sejarah didorong oleh kontrak pembinaan pusat data DC
00:07bernilai RM10 bilion yang diperoleh pada suku ketiga tahun ini.
00:12Dan menurut firma penyelidikan Hong Leong Investment Bank, HLIB, pencapaian itu berupaya mengatasi rekod RM56 bilion yang dicatatkan 10 tahun
00:22lalu.
00:24HLIB berkata nilai kontrak domestik baru melonjak 75% tahun ke tahun.
00:29kepada RM18.7 bilion bagi tempoh Julai hingga September 2026 menjadikan jumlah terkumpul bagi 9 bulan pertama tahun ini sebanyak
00:38RM46.4 bilion.
00:41Ini merupakan peningkatan 17% berbanding tempoh sama tahun lepas.
00:45Antara kontrak domestik yang diperoleh pada suku ketiga ialah 3 pakej pembinaan pusat data berskala-hyperskala di Port Dickson oleh
00:52Gamuda Berhad dengan nilai gabungan RM5.3 bilion.
00:56Manakala usaha sama MRCB Theta H pula memperoleh pakej sistem transit aliran ringan atau LRT Pulau Pinang bernilai RM3 bilion.
01:04Dan kerjaya prospek grup Berhad meraih kontrak pusat data sulungnya bernilai RM858 juta.
01:10Firma itu menjangkakan saluran projek pusat data yang masih kukuh pada suku keempat akan terus menyokong pemberian kontrak baru.
01:17Katanya memasuki 2027, pelaksanaan skim bekalan tenaga Boleh Baru Koprat atau CRES dijangka menyediakan satu lagi sumber kontrak pada sektor
01:25pembinaan khususnya bagi pembangunan infrastruktur tenaga boleh baru serta kerja-kerja mekanikal dan elektrikal.
01:31Sesualan itu HLIB mengekalkan penarafan overweight terhadap sektor tersebut dibantu oleh kemunculan peluang projek kemudahan semikonduktor yang dijangka menyokong buku
01:40pesanan.

Recommended