Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Malaysia must strengthen its non-petroleum revenue base to reduce reliance on volatile oil income and ensure long-term fiscal sustainability, said Simpang Renggam MP Datuk Seri Hasni Mohammad during his debate on Budget 2027 in the Dewan Rakyat on Wednesday (Oct 14).

Read more at https://tinyurl.com/3k7syt6p

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline

Category

🗞
News
Transcript
00:30Petronas terdedah kepada perubahan harga komoditi, kos pelaburan dan cabaran peralian tenaga.
00:36Petronas juga memerlukan sumber keuangan untuk meneruskan pelaburan, mengekalkan daya saing dan membangunkan keupayaan masa hadapan.
00:44Oleh itu, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memperkukuhkan kerangka dividen, jangka sederhana yang mengambil kira keperluan fiskal negara serta kemampuan
00:53Petronas untuk melabur semula secara mampan.
00:55Pada masa yang sama, kerajaan perlu terus memperluaskan asas hasil bukan petroleum melalui pertumbuhan ekonomi bernilai tinggi, peningkatan pematuhan cukai
01:06dan pengurangan ketirisan.
01:08Kita tidak seharusnya membiayai komitmen perbelanjaan yang semakin kekal dengan terlalu bergantung kepada sumber hasil yang boleh berubah-ubah.
01:16Saya ingin menegaskan bahawa disiplin fiskal bukan bertentangan dengan kesejahteraan rakyat.
01:22Sebaliknya, pengurusan fiskal berhemah membolehkan kerajaan terus melindungi rakyat, bukan sahaja hari ini tetapi juga ketika negara menghadapi krisis pada
01:31masa hadapan.
01:32Negara yang mempunyai kedudukan fiskal kukuh mempunyai lebih banyak ruang untuk bertindak apabila berlaku kemelesetan ekonomi, bencana ataupun kejutan harga
01:42global.
01:42Penutupnya ialah saya ingin kembali kepada persoalan yang saya bangkitkan pada awal perbahasan.
01:49Apakah sebenarnya ukuran kejayaan belanjawan 2027?
01:53Akhirnya, tanggungjawab kita bukan sekadar menyediakan belanjawan untuk satu tahun.
01:58Tanggungjawab kita adalah untuk membina sebuah negara yang mampu terus berkembang, terus melindungi rakyat dan terus menyediakan peluang kepada generasi
02:05seterusnya.
02:06Belanjawan yang baik membantu rakyat menghadapi cabaran hari ini.
02:10Belanjawan yang lebih berkesan membina keupayaan rakyat untuk menghadapi cabaran esok.
02:15Dan pengurusan fiskal yang bertanggungjawab memastikan generasi akan datang masih mempunyai kemampuan untuk menentukan masa depan mereka sendiri.
02:24Dengan semangat itulah, saya mengumumkakan pandangan dan cadangan ini untuk pertimbangan kerajaan demi kesejahteraan rakyat khususnya di Simparengam, kemakmuran negeri
02:34Johor dan masa depan negara tercinta Malaysia.
02:37Sekian terima kasih.
02:40Terima kasih.

Recommended