00:01Pelaksanaan ujian akhir sesi Akademi UASA yang dijadualkan bermula minggu hadapan ditangguhkan susulan keadaan jerebu yang masih melanda negara.
00:11Menurut Kementerian Pendidikan KPM, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kebimbangan ibu bapa dan penjaga terhadap tahap kesihatan dan keselamatan
00:19anak-anak mereka.
00:23KPM dalam satu kenyataan berkata kebimbangan itu khususnya melibatkan murid yang perlu hadir ke sekolah bagi menuduki pentaksiran berkenaan dalam
00:31keadaan kualiti udara yang terjejas.
00:34Memandangkan UASA merupakan pentaksiran kendalian sekolah, pihak sekolah diberikan kelonggaran untuk menyusun semula jadual pelaksanaannya.
00:42Jadual baru UASA akan dimaklumkan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa dan penjaga dari semasa ke semasa.
00:49KPM turut mengakui dilema yang dihadapi ibu bapa dalam mengimbangi aspek kesihatan anak-anak dengan keperluan memastikan mereka tidak terlepas
00:57pentaksiran.
00:59Menurut Kementerian itu, kesihatan dan keselamatan murid akan terus menjadi keutamaan dalam sebarang keputusan yang dibuat.
01:06Pada masa sama, KPM akan memastikan proses pentaksiran dapat dilaksanakan semula secara teratur apabila keadaan mengizinkan.