00:00Kerajaan sentiasa komited untuk memperkukuhkan hubungan diplomatik dan kerjasama dua hala dengan Kerajaan Republik Indonesia untuk menangani isu jerebu merantas
00:09sempadan secara berkesan.
00:11Kerjasama ini dilaksanakan melalui tiga pendekatan iaitu pertama pengukuhan diplomasi serantau, yang kedua penyelarasan buantuan operasi dan yang ketiga ialah
00:22kerjasama secara strategik jangka masa panjang.
00:25Berkaitan dengan pendekatan pertama, Malaysia dan Indonesia akan terus bekerjasama melalui perjanjian ASEAN mengenai pencemaran jerebu merantas sempadan
00:35ataupun ASEAN Agreement Transboundary Haze Pollution sebagai mekanisme utama dalam memperkukuhkan langkah pencegahan, pemantauan dan tindak balas terhadap kerja dan
00:47jerebu
00:47selaras dengan aspirasi ASEAN bebas jerebu menjelang 2030.
00:52Komitmen ini kita perkukuhkan lagi melalui mesyuarat ke-27 Sub-Regional Ministerial Steering Committee, MSC, mengenai pencemaran jerebu merantas sempadan
01:02di Bali, Indonesia pada Julai 2026.
01:05Dalam mesyuarat tersebut, kedua dan negara telah mengadakan perbincangan dua hala bagi meningkatkan kesiapsagaan untuk menghadapi kebakaran hutan dan tanah,
01:14khususnya susulan perkembangan fenomena El Nino.
01:17Dan seterusnya pada 24 Ogos 2026, satu perbincangan melalui panggilan telefon telah diadakan bersama Menteri Lingkungan Hidup Republik Indonesia untuk
01:27memperkukuh tindakan pencegahan pemadaman awal kebakaran serta penyelarasan bantuan antara kedua-dua negara.
01:34Berkenaan pendekatan kedua iaitu tindakan diplomatik dan penyelarasan bantuan operasi, sebagai langkah segera Malaysia telah menyatakan kesediaan untuk membantu Indonesia
01:45menangani kebakaran hutan dan tanah.
01:46Termasuk melalui operasi pemadaman kebakaran dari udara ataupun water bombing, penggunaan pesawat amphibia serta operasi pembenahan awan.
01:55Tawaran bantuan ini telah dikemukakan secara resmi kepada kerajaan Indonesia pada 9 September 2026 lagi.
02:02Selain itu, kerajaan Indonesia juga turut memberikan persetujuan resmi melalui surat bertarikh 14 Ogos 2026 untuk penggunaan ruang udara negara
02:12sekiranya diperlukan untuk pelaksanaan OPA Malaysia di kawasan berhampiran sempadan kedua negara.
Comments