00:00Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang menjadikan sebuah rumah ibadat tidak berdaftar di Kelang sebagai tempat penyimpanan.
00:08Tindakan itu dilakukan menerusi operasi di sekitar Selangor dari 13 hingga 19 Oktober.
00:16Ketua Polis Selangor Dato' Shazli Kaha berkata pihaknya menahan seorang lelaki warga tempatan yang bertindak sebagai pembantu separuh masa di
00:23rumah ibadat itu bagi membantu siasatan penemuan 20.6kg dadah di situ.
00:29Katanya dadah itu ditemukan di dalam store rumah ibadat dan semakan mendapati tanah di situ digazetkan untuk tapak perbentungan.
00:37Shazli berkata serbuan di Rawang dan lapangan terbang atribangsa Kuala Lumpur KLIA pula menahan tujuh individu serta merampas pelbagai jenis
00:45dadah.
00:46Suspek terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita tempatan serta tiga lelaki dan seorang wanita warga asing berusia 19 hingga
00:5348 tahun dengan seorang daripada warga tempatan mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau.
00:59Dadah jenis bunga ganja seberat 81.3kg, ganja 37kg, 3,510 kartrej berisi ketamin, 84 botol ekstasi serta ketamin seberat
01:1025.4kg turut dirampas.
01:13Keseluruhan rampasan dadah dianggar berjumlah RM16.2 juta selain turut melibatkan dua kereta, sebuah motosikal dan wang tunai tempatan serta
01:23matawang asing bernilai RM54,835.
01:27Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
01:32Terima kasih kerana menonton!
01:32Terima kasih kerana menonton!
01:33Terima kasih kerana menonton!