00:00Baik, puluhan ribu rakyat Perancis turun ke jalan raya di Paris bagi membantah peningkatan kos sari hidup dan ketidaksamaan ekonomi
00:07yang semakin dirasai rakyat.
00:09Menurut pihak berkuasa, kira-kira 110,000 orang menyertai demonstrasi di Paris.
00:14Bagaimanapun, Kesatuan Sekerja CGT menganggarkan jumlah sebenar mencecah 250,000 peserta.
00:24Gelombang protes itu bermula bulan lalu menerusi demonstrasi pelajar yang mempersoalkan keadaan sistem pendidikan sebelum berkembang menjadi bantahan lebih besar
00:34terhadap ekonomi negara.
00:35Walaupun perarakan berjalan secara aman pada kebanyakan masa, karan bertukar tegang menjelang penghujung demonstrasi.
00:42Polis anti rusuhan bertempur dengan sekumpulan penunjuk perasaan apabila objek dilontarkan ke arah anggota keselamatan.
00:49Pihak berkuasa bertindak melepaskan gas pembedih mata bagi mengawal keadaan.
00:55Rakaman di lokasi menunjukkan asap tebal memenuhi beberapa kawasan, sementara bunga api dan mercun turut dilepaskan berhampiran anggota polis.
01:03Sebuah premis jualan kenderaan Audi dilaporkan mengalami kerosakan apabila cermin harapannya dipecahkan.
01:10Pada masa sama, pertembungan turut dilaporkan berlaku di Marseille dan Lyon ketika demonstrasi serupa berlangsung di beberapa bandar utama Perancis.
01:19Pihak berkuasa memperketat kawalan keselamatan dengan mengerahkan ribuan anggota tambahan bagi mengelakkan insiden keganasan yang lebih besar.