00:00Kedudukan sebuah stor yang agak tersorok dalam ladang kelapa sawit dengan hanya ditutupi jaring hitam, rupanya beroperasi secara haram, dipercayai
00:09menjalankan pemindahan gas petrolium cecair, LPG.
00:14Kegiatan itu dibongkar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarahidup, KPDN Selangor, hasil risikan selama sebulan.
00:21Sinar harian yang menyertai operasi itu mendapati, lokasi terbabit terletak kira-kira 100 meter daripada jalan utama dan hanya boleh
00:30dimasuki dengan satu laluan sahaja sekaligus memudahkan mereka mengesan sebarang pergerakan mencurigakan.
00:38Namun perancangan tindakan pasukan operasi berjaya menahan dua pekerja di premis terbabit yang cuba bersembunyi dan melarikan diri selepas menyedari
00:47serbuan tersebut.
00:48Seorang pekerja warga Indonesia mendakwa dia mengetahui kerja di lokasi tersebut melalui rakannya dengan gaji RM1,800 sebulan.
00:58Difahamkan, lokasi itu disewa oleh seorang lelaki tempatan dengan harga RM1,000 sebulan kepada pemilik tanah.
01:05Sementara itu, pengarah KPDN Selanggo, Muhammad Hanif Asa'ari berkata sindiket itu digempur pada jam 9 pagi dan tiga individu
01:15berusia lingkungan 20 hingga 30-an berjaya ditahan untuk siasatan lanjut.
01:21Katanya pemeriksaan mendapati wujud aktiviti pemindahan iaitu memindahkan gas LPG daripada tong 14 kg bersubsidi ke dalam tong LPG 50
01:32kg bagi kegunaan komersial.
01:34KPDN mengesyaki gas LPG komersial ini kemudiannya dijual kepada sektor industri pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran.
01:43Beliau berkata sebanyak 207 tong LPG pelbagai jenama berkapasiti 14 dan 50 kg disita selain sebuah lori bonded dengan nilai
01:54keseluruhan RM120,000.