00:00Berkaitan dengan cadangan penggubalan Undang-Undang Khusus
00:05bagi menangani pencemaran jerubu merentas sempadan
00:08dan tindakan terhadap syarikat yang bertanggungjawab.
00:13Kementerian telah beberapa kali meneliti kewajaran penggubalan
00:17Akta Pencemaran Jerubu Merentas Sempadan
00:19seperti yang dilaksanakan oleh negara jiran.
00:23Walaubagaimanapun, pelaksanaannya mempunyai cabaran khususnya
00:27daripada aspek bidang kuasa, pengumpulan dan pembuktian bukti di luar negara
00:34penentuan liabiliti syarikat serta implikasi terhadap kedaulatan negara lain.
00:41Berhubung dakwaan penglibatan syarikat Malaysia dalam aktiviti pembakaran di Indonesia
00:46Kementerian NRES bersama dengan Kementerian Peladangan dan Komoditi
00:51telah meneliti perkara tersebut
00:54dan berdasarkan penelitian setakat ini
00:57belum terdapat bukti kukuh yang mengesahkan penglibatan syarikat peladangan berkaitan Malaysia
01:04sebagai pihak yang menyebabkan kebakaran berkenaan.
01:09Mengenai cadangan sekatan pembiayaan terhadap syarikat yang terbukti bertanggungjawab
01:16Perkara ini memerlukan penelitian lanjut khususnya daripada aspek asas perundangan,
01:22standar pembuktian, bidang kuasa dan implikasi terhadap sektor kewangan.
01:28Berhubung cadangan untuk tuntutan pampasan dan ganti rugi pula,
01:33Perjanjian ASEAN mengenai pencemaran jerbu merentas sempadan pada masa ini
01:38tidak memperuntukkan mekanisme khusus bagi tuntutan pampasan antara negara.
01:44Walaubagaimanapun, kerajaan terbuka untuk meneliti kesesuaian mekanisme perundangan lain
01:50yang tertakluk kepada asas undang-undang di peringkat antarabangsa.
01:55Dalam aspek ini, kajian komprehensif terhadap kerugian ekonomi akibat jerbu,
02:00termasuk kesannya terhadap kesihatan awam, proaktiviti dan aktiviti ekonomi adalah penting
02:07sebagai asas saintifik dan ekonomi bagi pertimbangan dasar serta tindakan susulan.
02:17Sementara itu, cadangan bantuan kewangan kepada rakyat yang terjejas,
02:23khususnya pekerja sektor gig serta penubuhan tabung bencana jerbu
02:28memerlukan penelitian lanjut bersama kementerian dan agensi berkaitan
02:33dengan mengambil kira mekanisme bantuan sedia ada,
02:37keperluan sebenar serta implikasi kewangan kerajaan.
02:42Sehubungan dengan itu, kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama penguatkuasaan
02:47melalui saluran Dua Hala dan ASEAN,
02:50termasuk menggalakkan pelaksanaan prinsip Pelluter PACE
02:55sebagaimana digariskan dalam Second ASEAN Haste Free Roadmap
03:002023 hingga ke 2030 di bawah AHTHP.
03:05Pendirian kerajaan adalah jelas bahawa mana-mana pihak yang terbukti bertanggungjawab
03:11menyebabkan pencemaran jerbu perlu dikenakan tindakan sewajarnya
03:17berlandaskan undang-undang yang berkuat kuasa.
03:19Pada masa yang sama, kerajaan akan terus meneliti mekanisme yang bersesuaian
03:24bagi memperkukuhkan prinsip kebertanggungjawaban pencemar
03:29serta melindungi kepentingan rakyat yang terjejas.
03:33Terima kasih.
03:35Terima kasih.
03:38Terima kasih.
03:41Terima kasih.
03:41Terima kasih.
03:42Terima kasih.
03:43Terima kasih.