Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Jabatan Imigresen Malaysia menahan 20 warga asing dalam serbuan di empat unit kediMaman di Pudu, Kuala Lumpur, yang dipercayai dijadikan pusat operasi sindiket penipuan pelaburan dalam talian.
Transcript
00:00Jabatan Imigresen GIM menahan 20 warga asing yang disyak kita libat dalam sindiket penipuan pelaburan dalam talian dalam satu operasi
00:07khas di Jalan Sanpeng, Pudu, Kuala Lumpur pada 27 Oktober.
00:12Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, serbuan dijalankan selepas risikan selama dua minggu, membabitkan sepasukan pegawai bahagian perisikan dan
00:23operasi khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.
00:28Seramai 20 warga asing berusia antara 23 hingga 43 tahun ditahan terdiri daripada 5 lelaki Taiwan, 4 lelaki China, 4
00:37lelaki India serta 4 lelaki dan 2 wanita Thailand.
00:40Sementara seorang lagi yang ditahan ialah wanita warga India.
00:44Siasatan awal mendapati sindiket menyewa kediaman mewah bagi mengaburi pihak berkuasa dengan kumpulan operator berbeza menyasarkan mangsa di Thailand, India,
00:52Taiwan dan Jepun.
00:53Sindiket itu dipercayai beroperasi sejak sebulan lalu dari jam 8 pagi hingga 8 malam.
00:59Pekerja warga asing terlibat juga didapati tidak dibenarkan keluar secara bebas, manakala bekalan makanan dihantar ke premis melalui perkhidmatan penghantaran.
01:09Dalam serbuan itu, Imigresen turut menyita 45 telefon bimbit, 8 komputer meja, 3 komputer riba, 5 ruta, wang tunai RM5
01:17,370 serta pasport dan pelbagai barang lain.
01:21Kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen untuk siasatan lanjut atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959, Palang 63
01:31dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Recommended