Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Penghantaran terbaharu itu menjadikan jumlah tahanan yang dihantar pulang minggu ini seramai 1,069 orang, termasuk 269 orang pada 27 Oktober lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00800 tahanan warga Filipina dihantar pulang dari sandakan Sabah petang tadi dalam operasi berskala besar Jabatan Imigresen Negeri Sabah.
00:10Mereka terdiri daripada 590 lelaki dewasa, 88 wanita dewasa serta 122 kanak-kanak lelaki dan perempuan.
00:20Penghantaran terbaru itu menjadikan jumlah tahanan yang dihantar pulang minggu ini seramai 1,069 orang.
00:27Termasuk 269 orang pada 27 Oktober lalu.
00:34Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk SHCT Saleha Habib Yusof berkata kesemua tahanan terbabit adalah dari depo Tawau, Sandakan dan Papar.
00:43So, untuk perancangan seterusnya, kita ada 6 siri lagi penghantaran pulang tahanan Filipina ini melibatkan skala besar 800 orang setiap
00:53minggu, mulai minggu ini dan seterusnya.
00:56Dan kita harapkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kesesakan di depo-depo tidak akan berlaku di Sabah.
01:04Sejak Januari, seramai 5,357 tahanan Filipina telah dihantar pulang manakala jumlah keseluruhan bagi semua warga negara ialah 7,450
01:14orang.
01:15Beliau turut meminta pihak kedutaan mempercepat pengeluaran dokumen perjalanan bagi memulihkan tahanan segera dihantar pulang ke negara asal.
01:22Jabatan itu menyasarkan penghantaran pulang dilakukan dalam tempoh sebulan selepas tahanan diserahkan oleh agensi penguatkuasa atau selesai menjalani hukuman.
01:31Majikan pula diingatkan supaya memastikan pekerja asing di bawah seliaan mereka mempunyai dokumen yang sah.
01:38Terima kasih kerana menonton!

Recommended