00:00Presiden MCA Dato' Sriwi Ka Siong mengakui laluan barisan nasional BN di Don Kota Laksamana dan Don Bandar Hilim Melaka
00:07bukan mudah pada pilihan raya negeri Melaka kali ini.
00:11Menurutnya, kedua-dua kawasan berkenaan merupakan kubu kuat DAP yang telah dimenangi parti itu sejak beberapa penggal lalu.
00:18Namun katanya perkara itu tidak akan melemahkan semangat jentera BN untuk terus berjuang mendapatkan sokongan pengundi.
00:24Ka Siong telah merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Melaka merangkap pengarah pilihan raya BN Dato' Sri Abdul Raoq Yusof atas
00:31keputusan menyerahkan dua kerusi tersebut kepada MCA.
00:35Beliau berkata keputusan itu mencerminkan keyakinan dan kebersamaan dalam kalangan komponen BN.
00:40Tambahnya MCA tidak pernah meninggalkan pengundi tempatan dan terus mendampingi masyarakat sama ada di peringkat parlimen mahupun Don.
00:47Beliau berkata demikian selepas mengiringi calon BN bagi Don Klebang, Lim Bang Hong ke pusat penamaan calon.
00:54Dalam masa sama beliau berpandangan PRN Melaka menjadi medan untuk rakyat menilai prestasi Kerajaan Pakatan Harapan PH sebelum ini.
01:01Jelasnya kestabilan politik penting bagi memastikan Melaka terus makmur serta kekal menjadi destinasi pilihan pelabur dan pelancong.
01:09Selamat menikmati!