00:00Pengurusi Barisan Nasional BN Johor, Dato'on Hafiz Ghazi yakin sokongan rakyat Melaka terhadap kerajaan negeri sedia ada akan diterjemahkan
00:08menerusi undi pada pilihan raya negeri Melaka 14 November ini.
00:12Menurutnya, maklum balas yang diterima menunjukkan pengundi di Melaka tidak mudah terpengaruh dengan propaganda dan serangan politik yang dibawa oleh
00:19pihak pembangkang.
00:21Jelasnya pelbagai usaha dan taktik perang saraf yang digunakan pihak lawan dilihat tidak memberikan kesan ketara terhadap tahap sokongan kepada
00:29BN.
00:30Hon Hafiz berpandangan majoriti rakyat Melaka mahu mengekalkan kerajaan negeri sedia ada dan mampu menilai prestasi serta pencapaian yang telah
00:37dilaksanakan.
00:39Beliau berkata demikian selepas mengiringi jentera BN Melimau bagi penyandang kursi dul Melimau, Dato' Dr. Akmal Saleh.
00:45Dalam pada itu mengulas mengenai peluang Akmal mempertahankan kursi berkenaan, Hon Hafiz menyefatkan penerimaan pengundi terhadap pemimpin muda itu sebagai
00:53sangat positif.
00:54Katanya pengundi Melimau mampu membezakan antara retorik politik dan rekod perkhidmatan sebenarnya ditunjukkan oleh seseorang pemimpin.
01:02Beliau turut berpandangan bahawa Akmal bukan sahaja aktif menyuarakan isu rakyat, malah turut berusaha mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi
01:09penduduk di kawasan tersebut.
01:11Hon Hafiz optimis tahap sokongan yang diterima akan diterjemahkan melalui keputusan pengundian pada 14 November depan.