00:00Memang kita tak nafikan negara-negara di rantau ini ataupun yang tidak berjauhan daripada kita
00:08telah pun mengusahakan peningkatan perbelanjaan pertahanan mereka.
00:14Dan tentunya dalam keadaan peningkatan itu, tapi sebelum itu saya telah nyatakan bahawa kita
00:23menghormati tindakan setiap negara dan kita tidak mencampuri soal-soal begitu.
00:28Kita tidak boleh halang bagi mana-mana negara jika mereka ingin meningkatkan perbelanjaan untuk pertahanan negara mereka.
00:36Tetapi seperti kita sedia baklum, apa yang kita khawatir ialah kemungkinannya berlaku salah faham
00:43yang boleh menyebabkan perselisihan dan juga pertembungan antara negara yang akan tidak dapat dinafikan menjejaskan kita
00:55dan juga rantau kita.
00:57Dan bila itu berlaku memang tak boleh nak elak, semuanya akan terjejas.
01:01Itu kita tak nafikan. Ianya memang akan terjejas.
01:05Soalnya ialah bagi kita dalam memerhatikan kepada perkembangan itu,
01:11kita juga mengambil tindakan-tindakan dan langkah-langkah yang sesuai dan dalam kemampuan kita.
01:17memang ada negara mengesyorkan kepada kita supaya naikkan perbelanjaan pertahanan kepada 5% daripada GNP.
01:26Tujuannya ialah supaya negara kuasa besar itu mahukan bila ada pertembungan, konflik, perperangan, kita ke depan.
01:34tapi kita ingin nyatakan bahawa kita bukan bernikah mana-mana kuasa besar, kita bebas, kita berkecuali, kita belanja dan salurkan
01:44peruntukan itu mengikut kemampuan kita.
01:47apatah lagi doktrin pertahanan kita ialah untuk mempertahankan negara, bukan untuk menyerang negara.
01:54Jadi kalau kita lihat sebahagian negara itu mungkin dia beli peluru berpandu, jaraknya 2,000 km, 3,000 km.
02:02Kita tidak perlukan itu kerana kita bukan nak serang negara lain.
02:06Kita hanya untuk mempertahan.
02:07doktrin pertahanan kita ialah untuk mempertahankan negara kita.
02:12Dan kita juga lakukan melalui credible deterrence dan sebagainya.
02:18Jadi asalkan daripada itu saya tak nafikan banyak negara sekeliling kita meningkatkan peruntukan pertahanannya bagi maksud mereka tertentu.
02:28Tetapi bagi kita, kita ambil segala tindakan untuk pastikan negara kita terus berdaulat, negara kita terus bebas, negara kita terus
02:39stabil.