00:00Malam ini peluang terakhir selepas berjaya mengegarkan Kuala Lumpur dengan kehadiran kira-kira 65,000 peminat semalam.
00:09Bintang pop antarabangsa The Weekend kembali menghangatkan pentas Stadium Nasional TM Bukit Jalil untuk malam kedua dan terakhir.
00:18Menerusi jelajah after hours till down Stadium Tour, penyanyi kelahiran Kanada itu mencipta satu lagi sejarah.
00:26apabila Kuala Lumpur menjadi antara destinasi terakhir bagi jelajah Stadium berskala besar yang bermula sejak 2022.
00:36Malam pertama menyaksikan puluhan ribu peminat menyanyi bersama-sama menerusi lagu popular seperti Blinding Lights, Creeping, I Feel It Coming
00:44dan The Hills.
00:46Lebih menarik The Weekend turut menyifatkan Malaysia sebagai destinasi istimewanya apabila berulang kali menyebut nama Malaysia dan Kuala Lumpur
00:53ketika berinteraksi dengan penonton meskipun pertama kali menjejakkan kaki ke negara ini.
01:00Paling mencuri perhatian, The Weekend turut memberi harapan kepada peminat tempatan untuk kembali bertemu dengannya di Malaysia pada konsert jelajah
01:08dunia akan datang.
01:09Dengan produksi pentas berskala besar, arca gergasi setinggi 40 kaki, hasil rekaan Hajime Sorayama serta pertunjukan bunga api, konsert ini
01:20sememangnya menjadi pengalaman yang sukar dilupakan.
01:23Malam ini sekali lagi, Stadium Nasional Bukit Jalil bakal bergerak...