00:00Peguam Negara Tan Sri Muhammad Dusuki Mokta perlu bertindak secara adil dan bebas daripada sebarang pengaruh politik, susulan penangguhan sementara
00:09pelaksanaan tahanan di rumah melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Muhammad Solehin Muhammad Taji
00:19berpandangan,
00:20Peguam Negara sepatutnya menjalankan tanggungjawab berdasarkan prinsip undang-undang serta menghormati titah yang dipertuan agung berhubung perkara itu.
00:50Beliau ditemui ketika hadir membantu kempen calon barisan nasional bagi Dewan Undangan Negeri Lendu Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid di
00:57Alur Gajah pada Jumaat.
00:59Mengulas lanjut, Muhammad Solehin turut mempersoalkan tindakan itu yang dibuat selepas pembayaran denda RM50 juta.
01:06Katanya tempoh kira-kira tujuh minggu sebelum pembayaran denda dibuat sepatutnya mencukupi untuk pihak berkaitan meneliti implikasinya.
01:14Dalam pada itu, beliau merujuk kenyataan Istana Negara yang menurutnya memperjelas keperluan pelaksanaan tahanan di rumah disegerakan selaras dengan titah
01:23yang dipertuan agung.
01:24Mengulas sama ada isu itu akan mempengaruhi kempen BN pada PRN Melaka, Muhammad Solehin berpandangan ia berpotensi memberikan suntikan semangat
01:33lebih besar kepada jentera UMNO dan BN.
01:35Bagaimanapun, menurut Muhammad Solehin, BN kekal optimis dengan momentum kempen di Melaka dan yakin gabungan itu mampu memperoleh sokongan pengundi
01:45pada 14 November ini.