Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Tindakan menangguhkan pelaksanaan titah berkaitan tahanan rumah Najib Razak perlu dilihat dalam konteks penghormatan terhadap institusi Raja Berperlembagaan, kedaulatan undang-undang dan keabsahan titah Yang di-Pertuan Agong.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tindakan menangguhkan pelaksanaan titah perintah yang dipertuan Agung Sultan Ibrahim berhubung keputusan membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki
00:09hukuman penjara secara tahanan di rumah tidak boleh dilihat sekadar isu pentadbiran atau perbezaan tafsiran undang-undang.
00:18Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Setiausaha Agung Barisan Nasional BN, Datuk Seri Dr. Zamri Abdul Qadir menegaskan perkara itu menyentuh
00:27persoalan penghormatan terhadap institusi raja berperlebagaan kewibawaan titah yang dipertuan Agung serta prinsip kedaulatan undang-undang.
00:40Mengulas kenyataan Istana Negara, Zamri menegaskan bahawa perkara itu perlu diberi perhatian serius, khususnya penjelasan bahawa semua syarat yang ditetapkan
00:49dalam perintah pengampunan bersyarat berkenaan telah dipenuhi.
00:52Sehubungan itu, BN menggesa kerajaan, khususnya pihak berkuasa berkaitan, memastikan titah perintah berkenaan dilaksanakan dengan segera, tertib dan selaras dengan
01:01kehendak Perlembagaan Persekutuan.

Recommended