00:00Polis Indonesia mengesahkan seorang lagi pegawai kanan sebagai suspek keempat dalam kes dawaan pemasangan alat pengintip bagi memintas perbualan telefon
00:09Presiden Prabowo Subianto.
00:11Perkembangan itu menyusul ketika pihak berkuasa masih menyiasat motif di sebalik skandal berkenaan yang mendedahkan keretakan hubungan antara Prabowo dengan
00:22bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo.
00:27Menerusi satu sidang media pada Khamis, polis menamakan seorang pegawai kanan penguatkuasa undang-undang dikenali SU sebagai suspek baharu.
00:36Menurut polis, individu berkenaan pernah berkhidmat sebagai ketua pemantauan di Agensi Siasatan Jenayah Indonesia antara 2010 hingga 2019.
00:44Pengarah Unit Jenayah Cyber Suhermanto berkata SU yang mengetuai Unit Maklumat dan Teknologi Agensi Siasatan Berkenaan dari 2021 hingga 2026
00:55didakwa memberi kebenaran untuk melaksanakan operasi pemintasan itu.
01:00Suhermanto menambah SU masih belum ditahan berikutan masalah kesihatan.
01:04Terdahulu, tiga pegawai kanan polis telah ditahan pada selasa termasuk bekas Ketua Polis Negara dan Ketua Staf Prabowo, Listio Sigit
01:12Prabowo yang dikenali sebagai penyokong setia Jokowi.
01:16Setakat ini, 13 pegawai polis serta lima pakar jenayah dan teknologi maklumat telah disoal siasat.
01:22Juru cakap polis, Truno Yudo Wisnu Andiko berkata, Ketua Polis Negara turut menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes berkenaan.