Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Malaysia mencadangkan pengaktifan semula Pertubuhan Zakat Antarabangsa bagi menyelaras kutipan dan agihan zakat global, termasuk meneroka mekanisme pembiayaan menerusi sumbangan negara Islam dan manfaat petrodolar.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia mencadangkan agar pertubuhan zakat antarabangsa IZO dihidupkan semula bagi menyelaras pengumpulan dan pengagihan dana zakat di peringkat global.
00:11Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi berkata, IZO berpotensi digerakkan menerusi sumbangan negara Islam kaya selain meneroka mekanisme
00:21penyaluran faedah deposit hasil minyak petrodolar di bank-bank antarabangsa.
00:30Ini adalah dengan tujuan untuk mengumpulkan wang-wang zakat daripada negara-negara Islam yang kaya di mana wang-wang petrodolar
00:46yang ditempatkan di komersial bank dan juga institusi kewangan yang lain
00:53kerana mereka tidak mengambil faedah daripada simpanan bank ataupun deposit bank itu yang dianggap sebagai riba.
01:02Sistem petrodolar merujuk kepada penggunaan dolar Amerika Syarikat sebagai mata wang utama dalam urus niaga minyak di peringkat global.
01:10Ahmad Zaid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, dana itu seterusnya boleh diagihkan kepada 8 golongan asnaf yang
01:17layak di negara Islam miskin serta negara yang mempunyai komuniti minoriti Muslim.
01:21Sekaligus membantu meningkatkan taraf sosioekonomi umat Islam di seluruh dunia.
01:26Selain penyelarasan zakat global, Ahmad Zaid berkata Malaysia turut mengadakan perbincangan terperinci bagi memperkukuh kerjasama strategik dengan Turki dalam industri
01:35halal antarabangsa.
01:36Ia termasuk industri halal yang mana Malaysia berhasrat memperluas jaringan dan penembusan produk halal ke pasaran dunia.
01:43Dan kita tahu bahawa menjelang tahun 2030 ni pasaran halal di peringkat dunia bernilai kira-kira 1.3 triliun US
01:52dolar dan kita mesti mengambil peluang menjalin kerjasama antara Malaysia dan Turki dan beberapa negara Islam yang lain untuk bersama
02:05-sama menggarapkan saranan ini di peringkat dunia.
02:09Beliau berkata demikian kepada media Malaysia sempena sidang media penutup pelawatan kerja 4 hari ke Turki pada ahad.

Recommended