Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Pemimpin pembangkang Israel, Gadi Eisenkot yang menerima mandat rasmi daripada Presiden Isaac Herzog untuk membentuk kerajaan baharu tidak menolak kemungkinan memasukkan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu di bawah gabungan pemerintahannya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pemimpin pembangkang negara haram Israel, Gadi Eisenkot, yang menerima mandat rasbi daripada Presiden Isaac Herzog untuk membentuk kerajaan baharu, tidak
00:11menolak kemungkinan.
00:12Pemasukan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, di bawah gabungan pemerintahannya, Eisenkot turut membuka tawaran serupa kepada Menteri Keuangan, Bezalel Smotrich, untuk
00:22menyertai kerajaan di bawah pimpinannya.
00:29Menurutnya jika anggota Parti Likud dan Parti Zionisma Keagamaan benar-benar percaya bahawa ini adalah masa untuk bersatu seperti yang
00:37dinyatakan kepada Presiden,
00:39beliau tidak melihat sebarang alasan untuk mereka menolak kerajaan pimpinannya.
00:44Tambah beliau, mana-mana parti yang bersetuju dengan prinsip yang di bawah akan dipelawa menyertai kerajaan.
00:51Eisenkot, yang muncul sebagai pencabar utama Netanyahu, diberi tempoh 28 hari dengan kemungkinan lanjutan 14 hari untuk membentuk kerajaan baharu.
01:01Menurutnya, kerajaan yang bakal dibentuk akan mengutamakan kepentingan rakyat dan mewakili seluruh lapisan masyarakat Israel.
01:10Eisenkot berkata beliau akan berusaha membentuk kerajaan gabungan yang merangkumi pelbagai parti secepat mungkin meskipun proses itu amat kompleks.
01:18Sementara itu, Herzog memberi amaran Tel Aviv sedang berdepan ketidaktentuan politik selepas pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat pada 3
01:27November lalu.
01:28Ia selepas beberapa tokoh politik demokrat yang lantang mengkritik Israel dan sokongan ketentuan Washington terhadap mereka meraih kemenangan.
01:37Herzog yang telah berunding dengan kesemua parti mengesahkan Eisenkot memperoleh sokongan jelas dan tidak berbelah bahagi daripada majoriti anggota Knesset
01:46atau Parlimen sebagai calon yang mempunyai peluang terbaik untuk membentuk kerajaan baharu.
01:51Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended