Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Jumlah akhir mangsa belum disahkan berikutan kepadatan penumpang yang sangat tinggi di dalam bas ketika kejadian susulan waktu puncak hari bekerja.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertemu kembali, seramai 48 cedera termasuk 6 parah selepas sebuah bas merempuh 32 kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Bandar
00:09Siongnam, Korea Selatan pada pagi Rabu.
00:11Bas yang dipandu lelaki warga emas berusia lingkungan 60-an itu merempuh 27 kereta persendirian termasuk 4 bas lain dan
00:19sebuah lori kargo.
00:22Selepas merempuh ke semua kenderaan terbabit sepanjang laluan kira-kira 150 meter, bas itu kemudian melanggar pembahagi jalan sebelum terhenti
00:32sepenuhnya.
00:3348 mangsa direkodkan setakat ini termasuk pemandu bas dan 5 individu lain yang mengalami kecederaan parah manakala 42 lagi dilaporkan
00:43cedera ringan.
00:43Kebanyakan mangsa mengalami luka dan lebam namun pihak berkuasa mengesahkan tiada kecederaan yang mengancam nyawa dilaporkan setakat ini.
00:52Jumlah akhir mangsa belum disahkan berikutan kepadatan penumpang yang sangat tinggi di dalam bas ketika kejadian susulan waktu puncak hari
01:00bekerja.
01:01Ujian saringan alkohol mendapati pemandu bas berkenaan tidak berada di bawah pengaruh alkohol.
01:07Polis kini menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar kemalangan termasuk meneliti kenyataan awal pemandu yang mendakwa sistem berikbas mengalami kegagalan.

Recommended