Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
ADUN Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, penjelasan lanjut perlu diberikan berhubung cadangan rasionalisasi itu, termasuk perancangan menjadikan kemudahan kampus berkenaan sebagai hab pendidikan yang turut membabitkan institusi lain.
Transcript
00:00Universiti Teknologi Mara UITM Jawangan Sabah Kampus Tawau perlu dipertahan sebagai kampus yang berfungsi sepenuhnya bukan sekadar memastikan bangunannya terus
00:10digunakan untuk tujuan pendidikan.
00:13Ahli Dewan Undangan Negeri Adun APAS, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata ia penting bagi memastikan anak-anak di pantai
00:20timur Sabah terus mempunyai akses kepada peluang pendidikan tinggi tanpa dibebani kos tambahan berpindah ke daerah atau negeri lain.
00:31Nizam dalam kenyataannya pada Jumaat menuntut Kementerian Pendidikan Tinggi KPT menjelaskan perancangan untuk menjadikan kemudahan kampus berkenaan sebagai hak pendidikan
00:41yang turut membabitkan institusi lain.
00:43Ia susulan kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zamri Abdul Qadir berhubung kedudukan kampus itu yang kini sedang melalui proses
00:52kajian semula atau rasionalisasi operasi.
00:55Beliau berkata walaupun Zamri dilaporkan memberi jaminan kampus itu tidak akan ditutup, masih timbul persoalan mengenai masa depan sebenar institusi
01:04terbabit.
01:05Jelas Nizam sejak mula beroperasi pada 1996, UITM Tawau telah memainkan peranan penting sebagai laluan pendidikan tinggi khususnya kepada anak
01:15-anak bumi putera dari Tawau, Sempurna, Kunak, Lahadatu dan kawasan lain di pantai timur Sabah.
01:21Beliau turut mengambil perhatian terhadap angka 254 pelajar setakat 30 September 2026 yang dibangkitkan oleh Zamri dalam penjelasannya di Dewan
01:31Rakyat.
01:32Tegas Nizam, jumlah pelajar tersebut tidak boleh dijadikan ukuran tunggal untuk menilai keperluan atau tahap penggunaan sesebuah kampus.
01:40Sebaliknya penilaian yang menyeluruh perlu mengambil kira kapasiti sebenar kemudahan akademik termasuk milik kuliah, kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta keupayaan
01:50kampus menampung pelajar secara berkesan.

Recommended