Skip to playerSkip to main content
  • 11 minutes ago
Malaysia sedang menyiasat sama ada cip kecerdasan buatan (AI) yang diimport oleh unit tempatan firma pengkomputeran awan Megaspeed, iaitu Speedmatrix, telah dieksport semula secara melanggar kawalan eksport.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia pada Jumaat memaklumkan pihak berkuasa sedang menentukan sama ada sebarang cip kecerdasan buatan AI yang diimport oleh unit tempatan
00:08firma perkomputuran awan Megaspeed telah dieksport semula. Langkah itu menyusuli dawaan seorang senator Amerika Syarikat bahawa firma tersebut mungkin digunakan
00:17untuk memintas kawalan eksport semikonduk tercanggih negara itu.
00:23Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri MITI dalam satu kenyataan memaklumkan unit tempatan Megaspeed iaitu SpeedMetrix mengimport pelayan dan cip AI
00:34sebagai penyewa pusat data.
00:38Menurut MITI, sebarang lawatan rasmi kefasiliti berkenaan merupakan sebahagian daripada pemantauan berkala terhadap sektor tersebut.
00:46Kementerian itu turut bekerjasama dengan Jabatan Kustom Diraja Malaysia atau GKDM bagi menentukan sama ada cip berkenaan telah dieksport semula
00:56dan sekiranya berlaku, sama ada penghantaran tersebut mematuhi undang-undang.
01:01Malaysia menguatkuasakan kawalan eksport ke atas pergerakan cip AI berprestasi tinggi dari Amerika Syarikat sejak Julai 2025 yang mewajibkan permit
01:12perdagangan bagi tujuan eksport semula, pemindahan kapal atau transit.
01:18Megaspeed yang berpangkalan di Singapura mula menjadi tumpuan susulan laporan mengenai hubungan bekas eksekutifnya Alice Wang dengan bekas ketua pegawai
01:27eksekutif Nvidia Jensen Huang yang meletak jawatan pada Khamis.
01:32Amerika Syarikat mendakwa Alice Wang mengintip untuk China namun Beijing menafikan dakwaan itu manakala Megaspeed dalam kenyataan di laman webnya
01:41menegaskan pihaknya memandang amat serius kewajipan pematuhan undang-undang Amerika Syarikat.
01:47Terima kasih telah menonton!

Recommended