Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Seorang lelaki yang disyaki menyamar sebagai pegawai pengiring Raja Muda Selangor dipenjara satu tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan menipu berhubung pembelian aset hartanah, dua tahun lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang lelaki yang disyakir menyamar sebagai pegawai pengiring Raja Muda Selangor di penjara satu tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah
00:08Magistret Kuala Lumpur hari ini atas kesalahan menipu berhubung pembelian aset hartanah dua tahun lalu.
00:15Magistret Amiral Ashraf Abdul Rasid menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Al-Zulfadli alias 40 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang
00:27dikemukakan terhadapnya.
00:31Bagaimanapun seorang lagi tertuduh Nurul Nur Syahira Kamarudin 37 tahun yang juga tunang kepada Al-Zulfadli mengaku tidak bersalah terhadap
00:41perbuatan serupa.
00:42Mengikut pertuduhan mereka bersama-sama didakwa memperdaya seorang selebriti lelaki berhubung tawaran pembelian aset hartanah sehingga mendorong peminahan wang masing
00:52-masing berjumlah RM20,000 dan RM10,000 ke dalam akaun bank milik tertuduh.
00:59Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Wangsa 511 Wangsa Maju pada 10 dan 12 Mei 2024.
01:07Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Kesiksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Sama yang membawa hukuman penjara antara 1
01:17dan 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
01:22Mahkamah kemudian membenarkan Nurul Nur Syahira diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.
01:29Sebutan semula kes ditetapkan pada 16 Disember ini.
01:32Pada Jumat lalu, Ketua Polis Selangor Datuk Syazli Kahar memaklumkan terdapat 15 kes penipuan membabitkan individu yang menyamar sebagai pegawai
01:41pengiring ADC kepada Raja Muda Selangor berkaitan urusan jual-beli kenderaan dan hartanah tidak wujud.
01:48Terima kasih telah menonton!

Recommended