00:00Kementerian Pendidikan KPM sedang meneliti keperluan menambah pembantu warden serta guru bimbingan dan kaunseling bagi memastikan pelajar mendapat perhatian dan
00:10sokongan optimum sepanjang berada di asrama.
00:13Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadlina Siddiq berkata impian ibu bapa melihat anak-anak menjejakkan kaki ke sekolah berasrama penuh SBP
00:21harus seiring dengan kemampuan serta kesediaan emosi anak-anak itu sendiri.
00:27Terdahulu Fadlina memaklumkan telah mengadakan perbincangan bersama pihak polis di Kuala Kangsar, Perak mengenai usaha memperkukul aspek keselamatan dan kesejahteraan
00:37pelajar di asrama institusi pendidikan berkenaan.
00:40Perbincangan itu merangkumi aspek pematuhan prosedur operasi standar SOP, pengurusan asrama serta kepentingan ibu bapa menilai tahap kesediaan anak-anak
00:50sebelum menghantar mereka ke sekolah berasrama.
00:53Fadlina berkata setiap anak mempunyai tahap penyesuaian berbeza dengan ada yang cepat menyesuaikan diri dan sebahagian lagi memerlukan masa lebih
01:02lama.
01:03Beliau berkata ada anak yang mampu menghadapi persaingan akademik dengan baik, sementara yang lain memerlukan lebih banyak dorongan.
01:10Sehubungan dengan itu, beliau menekankan kepentingan menyediakan ruang untuk anak-anak bercerita dan didengari tanpa dihakimi.
01:17Beliau turut menasihati ibu bapa supaya tidak terlalu risau sekiranya anak-anak tidak memasuki sekolah yang diimpikan kerana setiap anak
01:25mempunyai jalan dan masa tersendiri untuk berjaya.