• 4 minutes ago
APM Kelantan memasang bendera merah di empat pantai peranginan susulan ombak melebihi 1.5 meter. Pengunjung dinasihatkan tidak mandi atau berenang sepanjang Monsun Timur Laut demi keselamatan.
Transcript
00:00Empat pantai peranginan di Kelantan iaitu Pantai Geting, Pantai Cair Bulan, Pantai Irama dan Pantai Bisikan Bayu di Pasang Bandera
00:07Merah berikutan keadaan laut bergeloram dengan ketinggian umbak melebihi 1.5 meter.
00:12Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM Kelantan, Lieutenant Colonel Muhammad Farid Ishak berkata,
00:18pemasangan Bandera Merah sejak 27 Oktober lepas bertujuan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti mandi-manda dan
00:25berenang di kawasan berkenaan.
00:30Beliau berkata keadaan laut bergelora ketika ini berisiko mengundang kejadian lemas berikutan ombak besar dan arus deras termasuk arus bawah
00:37laut yang boleh menarik mangsa ke tengah laut walaupun permukaan air kelihatan tenang.
00:43Orang ramai khususnya pengunjung pantai dinasihatkan supaya tidak mandi-manda atau berenang di kawasan yang dipasang bendera merah kerana keadaan
00:51laut tidak selamat apabila ketinggian ombak melebihi 1.5 meter.
00:55Pengunjung juga perlu sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengutamakan keselamatan diri serta keluarga.
01:02Muhammad Farid berkata situasi itu perlu diberi perhatian serius berikutan negara kini memasuki fasa monsoon timur laut MTL yang dijangka
01:10berterusan hingga Mac tahun depan.
01:12Beliau berkata Kelantan antara negeri di pantai timur yang berisiko mengalami hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora sepanjang
01:20musim berkenaan.
01:20Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, fasa awal MTL dari November hingga Januari 2027 dijangka menyaksikan 3 hingga 5 episod hujan lebat
01:30berterusan yang berpotensi menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran sungai.
01:36Tiupan angin timur laut yang berterusan dan kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora dan peningkatan paras air laut di perairan
01:43Laut Cina Selatan.

Recommended