Korang tahu ini stesen MRT mana? kalau tahu, cuba komen! Berhampiran kawasan Damansara, satu stesen MRT yang agak unik dek kerana kesunyiannya. Tetapi, kesunyian itu dikaburi dengan kehijauan yang menenangkan hati.

#libur #stesenMRT #MRT #publictransport #majalahlibur
Transcript
00:00Cerita dia bermula macam ni.
00:03Saya dari Sungai Buloh perlu pergi ke KL.
00:06Plan saya nak naik MRT Sungai Buloh
00:09tapi tersalah simpang
00:11jadi saya nak teruskan perjalanan ke Kuasa Damansara.
00:15Dalam perjalanan saya nak ke Kuasa Damansara
00:18saya perasan di sebelah kiri saya ada satu stesen MRT
00:22tapi nampaknya seperti tidak sibuk.
00:26Tiada orang.
00:26Jadi saya ambil keputusan untuk berhenti dan menggunakan stesen MRT ini.
00:31Buat pengetahuan semua, ini pertama kali saya ke stesen MRT ini.
00:35Selalunya yang kita tahu kalau kita sebut stesen MRT ke, LRT ke
00:39mesti ramai orang berpusu-pusu orang kat sana
00:42tapi yang ni tak ada orang.
00:45Tapi satu perkara yang saya sangat suka
00:47dia punya landscape, kaki jawan yang buat saya tenang
00:50dan kesunyian di stesen MRT ini
00:53adalah satu perkara yang unik yang patut saya kongsi.
00:56Ada tak siapa-siapa yang selalu menggunakan stesen MRT ini?
01:00Kalau ada, cuba korang share pendapat korang
01:02tentang stesen MRT yang selalu korang guna.

Recommended