• 2 minutes ago
Tiga remaja ditahan selepas sebuah Perodua Kancil melanggar anggota JPJ di Miri. Pemandu berusia 17 tahun didapati tidak memiliki lesen memandu, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tiga remaja ditahan selepas sebuah kereta perudua kancil melanggar anggota Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ ketika operasi bersepadu samsing jalanan di
00:08Jalan Piasau di Miri malam Sabtu.
00:11Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Li Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, penguatkuasa
00:18sudah menjalankan sekatan jalan raya sebelum kereta terbabit dipercayai dipandu laju dan melawan arus menuju ke arah Jalan Piasau Kemp.
00:29Pemandu kenderaan itu dipercayai gagal mematuhi arahan berhenti sebelum melanggar anggota JPJ yang sedang membantu tindakan penguatkuasaan.
00:35Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan lebam pada mata kanan, serta tangan kanan dan menerima rawatan di Hospital Miri.
00:42Keadaan anggota terbabit dilaporkan stabil.
00:45Farhan berkata polis berjaya mengesan dan menahan kenderaan terbabit menerusi sekatan di Jalan Piasau Kemp.
00:50Katanya, pemandu berusia 17 tahun itu ditahan bersama dua penumpang, masing-masing lelaki berusia 19 tahun dan perempuan berusia 18
00:58tahun.
00:59Siasatan awam mendapati pemandu terbabit tidak memiliki lesen memandu dan dipercayai cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.
01:06Polis sudah berhampas kereta perdua kancil yang dipercayai digunakan dalam kejadian.
01:10Saringan air kencing terhadap ketiga-tiga suspek didapati negatif, manik lesen makam mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
01:17Dalam perkembangan sama, mahkamah membenarkan perintah reman empat hari terhadap ketiga-tiga suspek sehingga 26 November ini bagi membantu siasatan.
01:30Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Kesiksaan kerana cubaan membunuh.
01:36Seksyen 31 Alkitab
01:37...
01:37...
01:37...
01:37Terima kasih kerana menonton!

Recommended