00:00Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim bakal berdiskusi bersama sembilan panel daripada pelbagai bidang menerusi program Dialog Negara yang mengangkat
00:09tajuk di sebalik keputusan pada Rabu ini.
00:12Program yang dijadualkan bersiaran pada jam sembilan malam itu bakal menghimpunkan wakil daripada pelbagai latar belakang termasuk ahli akademik, keusahawanan,
00:20kesihatan, kandungan digital, pertanian serta kemasyarakatan.
00:27Antara panel yang dijemput ialah Pengasas Komuniti Pejuang Hartanah Dato' Ahyan Ishak, fellow penelidik utama Institut Kajuan Etnik Universiti Kebangsaan
00:36Malaysia UKM, Dato' Anies Yusal Yusof serta Dr. Perubatan dan Pempengaruh Dr. Malar Santi Santera Segapan.
00:44Turut menyertai sesi Dialog itu ialah Usahawan dan Pencipta Kandungan Digital Adam Syamil, Pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif CEO Plus
00:53Vibe Madiha Fuad, Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh Berhad Azmin Zainal, Pendakwah Bebas Ishak Nazri, Pengasasas Arkiteks of Diversity Jason
01:03Wee serta yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara UITM Muhammad Adib Hazim Muhammad Razali.
01:11Sesi Dialog Berkenaan akan dikendalikan oleh Ismail Adnan sebagai moderator.
01:17Program itu dijangka menjadi platform perancangan yang mengetengahkan pelbagai perspektif masyarakat dalam memahami keputusan dan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
01:28Orang ramai boleh mengikuti program Dialog Negara itu pada jam 9 malam menerusi saluran TV1, RTM Klik, MyTV, Facebook Live,
01:36TikTok Live dan Astro Awani.