00:01Bismillahirrahmanirrahim
00:02Alhamdulillahi Rabbil Alamin
00:04Wassalatu wassalamu ala ashrafil anbiya'i wal mursalin
00:08Wa ala alihi wa sahbihi ajma'in
00:11Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
00:15Dan salam sejahtera
00:17Salam Malaysia Madani
00:18Salam JPN Selangor
00:20Pendidikan Bermutu Insan Terbitik Negara Sejahtera
00:23Anak-anak calon sijil pelajaran Malaysia SPM
00:28Tahun 2026 di seluruh negeri Selangor
00:32Yang saya kasihi sekalian
00:34Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan ini
00:38Untuk mengucapkan selamat menuduki
00:42Perperiksaan SPM 2026
00:45Kepada semua calon di seluruh negeri Selangor
00:49Saya percaya saat ini merupakan saat
00:53Yang cukup bermakna buat anak-anak semua
00:57Setelah bertahun-tahun menimba ilmu melalui pelbagai cabaran, pengorbanan dan usaha
01:07Kini tibalah masanya untuk anak-anak membuktikan segala persediaan yang telah dilakukan
01:16Anak-anak yang saya kasihi
01:19Ingatlah, kejayaan tidak hadir dalam sekelip mata
01:24Di sebalik setiap kejayaan
01:26Ada usaha yang berterusan
01:30Pengorbanan ibu bapa, kesabaran guru-guru serta doa yang tidak pernah putus
01:37Justru, hadapilah perperiksaan ini dengan penuh keyakinan
01:43Jangan terlalu dibebani dengan rasa takut atau bimbang
01:48Percayalah kepada kemampuan diri sendiri
01:52Baca setiap soalan dengan teliti
01:56Urus masa dengan bijak
01:59Dan jawab dengan tenang
02:01Jangan bandingkan perjalanan kejayaan anak-anak dengan orang lain
02:07Fokus kepada usaha dan kemampuan diri sendiri
02:12Berikan yang terbaik
02:14Kerana setiap usaha yang ikhlas
02:18Pasti mempunyai nilainya yang tersendiri
02:22Saya juga ingin berpesan
02:24Jangan sesekali menganggap perperiksaan ini
02:29Sebagai penentu keseluruhan masa depan anak-anak
02:33SPM sememangnya penting
02:36Tetapi ia bukanlah satu-satunya ukuran kejayaan dalam kehidupan
02:41Apa yang lebih penting ialah
02:44Sikap tidak mudah berputus asa
02:46Keberanian untuk mencuba
02:49Kesungguhan untuk terus belajar
02:53Dan keupayaan untuk bangkit
02:55Apabila berhadapan dengan cabaran
02:58Kepada semua guru dan ibu bapa
03:02Terima kasih atas segala pengorbanan
03:06Bimbingan, sokongan dan doa
03:09Yang telah diberikan kepada anak-anak ini
03:12Teruslah memberikan kata-kata semangat
03:16Dan suasana yang positif
03:18Sepanjang tempoh perperiksaan berlangsung
03:22Akhir kata
03:24Saya mendoakan
03:26Agar semua calon SPM 2026
03:29Di negeri Selangor
03:31Diberikan kesihatan yang baik
03:33Ketenangan fikiran
03:35Dipermudahkan segala urusan
03:37Dan memperoleh kejayaan yang cemerlang
03:40Percayalah kepada diri sendiri
03:44Teruskan berusaha
03:46Berikan yang terbaik
03:48Dan jangan pernah berhenti
03:51Bermimpi untuk masa depan
03:53Yang lebih gemilang
03:56Seluruh warga Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
03:59Sentiasa mendoakan
04:01Kejayaan anak-anak semua
04:03Selamat menduduki
04:06Perperiksaan SPM 2026
04:09Anda mampu melakukannya
04:12Sekian
04:13Wabilahi taufiq wa hidayah
04:15Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
04:21Terima kasih kerana menonton!
Comments