00:00Perbangunan infrastruktur di Limbang antara agenda utama Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh kesaling hubungan serta merancangkan aktiviti ekonomi di bahagian utara
00:08negeri itu.
00:09Pelaksanaan pelbagai projek strategik merangkumi jaringan jalan raya, bekalan air dan elektrik serta perbangunan pelancongan dilihat mampu menjadi pemangkin transformasi
00:18Limbang menjelang 2030 sekaligus membuka lebih banyak peluang ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat.
00:25Kita ikuti laporan dari Rakan Media Sarawani, TVS oleh wartawan Salasya Safian.
00:33Terima kasih rakan setugas di studio. Masih lagi di Limbang dan ini merupakan hari ketiga.
00:40Berbalik kepada topik kita pada hari ini, Limbang sudah semestinya tidak terkecuali untuk merasai pembangunan tidak kira dari segi infrastruktur
00:49ataupun apa-apa sahaja sekalipun.
00:52dan kita boleh melihat bahawa Limbang kini berada di ambang transformasi yang mampu mengubah landscape ekonomi dan sosial bahagian ini
01:03menjelang 2030 dan kedudukan Limbang yang strategik berhampiran dengan Brunei dan menjadi antara pintu masuk utama ke bahagian utara Sarawak.
01:13memberikan Limbang potensi besar untuk berkembang sebagai pusat perdagangan pelancongan serta aktiviti ekonomi rentas sempadan.
01:21Dan antara tumpuan utama ialah pembangunan jaringan jalan raya termasuk projek Sarawak-Sabah-Link Road SSLR FASA 2
01:30yang bakal menjadikan alternatif perhubungan darat tanpa perlu melalui Brunei dan dalam masa sama juga pembangunan infrastruktur asas turut dipengiatkan
01:40termasuk penambahbaikan sistem bekalan air dengan peruntukan keseluruhan 717.27 juta ringgit bagi 27 projek di bahagian Limbang.
01:53Dan dalam aspek bekalan elektrik pula, penyambungan Limbang kepada grid Sarawak menerusi talian penghantaran 275 kV yang siap pada Julai
02:05lalu menjadi satu lagi perkembangan penting.
02:09Langkah itu bukan sahaja bertujuan memperkukuh kestabilan bekalan elektrik malah berupaya menyokong pertumbuhan aktiviti perniagaan dan pelaburan pada masa hadapan.
02:20Potensi Limbang turut dilihat dalam sektor pelancongan antaranya menerusi cadangan pembangunan JT Santabar yang dianggarkan bernilai RM50 juta ringgit dengan
02:32konsep ekor pelancongan paya bakau.
02:35Usaha itu dilihat mampu memperkukuh tarikan pelancongan semula jadi di Limbang sekaligus membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada komuniti setempat.
02:45Namun disebalik pelbagai perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan ini, cabaran sebenar adalah memastikan manfaatnya dapat dirasai secara menyeluruh oleh penduduk
02:58termasuk mereka di kawasan luar bandar.
03:00Ini termasuk memastikan akses kepada kemudahan asas peluang pekerjaan serta ruang perniagaan yang lebih luas dapat disediakan seiring kebajuan infrastruktur.
03:09Dan selain daripada itu juga terdapat kemudahan infrastruktur yang baru dapat kita saksikan juga di bahagian Limbang ini adalah jambatan
03:21Sungai Limbang yang mana memetik laporan daripada rakan-rakan media sebelum ini.
03:26projek jambatan Sungai Limbang merupakan antara empat jambatan utama di Sarawak yang dijangka siap hujung tahun ini.
03:36Dan Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Aidilaribu berkata tiga lagi jambatan yang disasarkan siap ialah jambatan Batang
03:45Lupa 2, jambatan Batang Rambungan dan jambatan Batang Saribas 2.
03:49Dan sudah semestinya projek ini penting untuk memperkukuh agenda pembangunan infrastruktur serta kesaling hubungan di seluruh negeri.
03:58Dan petang ini insyaAllah saya akan cuba untuk mendapatkan warga-warga di Limbang untuk mendapatkan pandangan mereka berkenaan dengan pembangunan
04:05yang berada di Limbang ini.
04:08Baiklah, saya ases setakat ini sahaja. Dahulu laporan yang dapat saya bawakan, sebarang perkembangan sudah pasti yang akan kami bawakan
04:15dari sebahasa ke sebahasa.
04:17Dari Limbang, saya Salasya Sofian dan jurukamera Muhammad Rafiq melaporkan untuk TWS. Kita kembali ke studio.