00:00Iran menegaskan tidak akan mengadakan sebarang rundingan dengan Amerika Syarikat selagi tujuh syarat yang ditetapkan Teheran belum dipenuhi.
00:07Speaker Parlimen Iran, Muhammad Baqir Khalibaf berkata, tekanan ekonomi dan ancaman berterusan daripada Washington tidak akan memaksa negaranya mengubah pentirian.
00:17Dalam perkembangan sama, Panglimen Tentera Iran, Amir Hatami berkata, kawalan ke atas Selat Hormuz akan diperketatkan dari semasa ke semasa
00:26sehingga tuntutan Teheran dipenuhi.
00:29Beliau menyifatkan selat itu sebagai antara aset geopolitik paling penting bagi Iran dan mainkan peranan utama dalam strategi pertahanan negara.
00:38Media Iran melaporkan antara tuntutan utama Teheran ialah penarikan sekatan ekonomi, penamatan sekatan maritim Amerika Syarikat dan pembebasan aset Iran
00:47yang dirampas.
00:48Sementara itu, Tentera Laut Iran mendakwa dua kapal tangki minyak terbakar selepas terkena periuk api laut di timur Selat Hormuz.
00:56Menurut Tentera Laut, kapal-kapal tersebut telah masuki kawasan larangan selepas mematikan sistem pengenalan dan navigasi.
01:04Iran turut memberi amaran bahawa laluan strategi itu tidak akan dibuka sepenuhnya sehingga objektif dan tuntutan negara itu dipenuhi.
01:12Terima kasih.