• 6 minutes ago
Fenomena Beaver Supermoon mencuri perhatian penduduk di seluruh dunia apabila bulan purnama kelihatan lebih besar dan terang daripada biasa di Mesir, Pakistan, India serta Greece.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Fenomena bulan purnama dikenali sebagai Beaver Supermoon mencuri perhatian penduduk di beberapa negara apabila menghiasi langit malam dengan saiz dan
00:09kecerahan yang luar biasa.
00:11Fenomena Supermoon berlaku apabila bulan purnama berada pada kedudukan orbit paling hampir dengan bumi menyebabkan ia kelihatan lebih besar dan
00:18lebih terang berbanding kebiasaan.
00:21Di Mesir, bulan purnama itu menerangi langit keherah dan menjadikan tarikan kepada penduduk yang mengambil peluang merakam keindahannya.
00:28Di Pakistan pula, orang ramai berhimpun di kawasan Fair Hall di Karachi bagi menyaksikan fenomena tersebut secara lebih dekat.
00:37Mereka turut mengambil peluang merakam gambar ketika bulan kelihatan lebih besar dan bercahaya terang di langit malam.
00:43Di India, fenomena itu berlaku serentak dengan sambutan Kartik Punima yang diraihkan masyarakat Hindu.
00:49Nama Beaver Moon berasal daripada tradisi masyarakat Amerika Utara yang mengaitkan bulan purnama November dengan musim memburu-memerang menjelang musim
00:58sejuk.
00:59Fenomena astronomi ini terus menjadi antara peristiwa langit yang paling dinantikan setiap tahun.
01:08Terima kasih telah menonton!

Recommended