• 3 minutes ago
Lima anggota tentera Türkiye terbunuh selepas sebuah helikopter Tentera Udara jenis AS-532 terhempas ketika menjalani penerbangan latihan di wilayah Eskisehir. Punca kejadian masih dalam siasatan.

Category

🗞
News
Transcript
00:005 anggota tentera Turki maut selepas sebuah helikopter tentera udara terhempas ketika menjalani penerbangan latihan pada selasa.
00:07Menurut Kementerian Pertahanan Turki, nak asyik itu membabitkan sebuah helikopter jenis AS-532 yang berlepas untuk misi latihan.
00:16Laporan awal maklumkan pesawat itu terhempas di kawasan luar bandar berhampiran kawasan kejiranan Yorukaksyair, kira-kira 25km dari pusat bandar.
00:26Pasukan kecemasan termasuk anggota bomba dan ejisi pengurusan bencana dan kecemasan Turki atau AFAD segera dikerahkan ke lokasi sebaik menerima
00:35laporan kejadian.
00:37Anggota bomba menjalankan operasi penyejukan pada bangkai helikopter manakala sebuah lagi helikopter tentera melakukan rondaan di kawasan sekitar.
00:45Setakat ini punca nahas masih belum diketahui dan siasatan terperinci sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
00:51Kementerian Pertahanan Turki turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan seluruh warga angkatan tentera negara itu.

Recommended