00:00Nyala ini adalah sebuah program yang seambang tahun saya nantikan.
00:08Kerana apa? Kerana refleksi nyala ini berbeda dengan program yang lain.
00:14Nyala ini ada ukurannya, ada benchmarknya dan ia dipantau dengan rapi oleh jemaah nazi.
00:23Jadi apa pembuktiannya? Menggunakan instrumen SKAS, maknanya kita tahu ada sekolah yang boleh mendapat status sekolah cemerlang, sekolah terbaik dengan
00:38instrumen ini.
00:39Maknanya apa? Sekolah kita ada keupayaan, pentadbir kita hebat, guru-guru kita hebat dan anak-anak kita hebat.
00:48Jadi syabas saya ucapkan kerana instrumen SKAS ini telah membuktikan bahawa apa yang kita hasratkan untuk diukur ukuran itu berjaya.
01:03Bukan sekadar reformasi kosmetik, ia harus didasari dengan asas yang sangat kukuh dari peringkat bawah lagi.
01:14Sebab itu penegasan kita bila kita sebut tentang reformasi ini, pertama adalah soal perubahan.
01:21The change.
01:23Apa yang nak ubah?
01:25Ia bukan sekadar ubah dari kelas biasa jadi kelas digital ke tambah smartboard sahaja ke tambah aircon sahaja.
01:33Itu bukan reform.
01:34Tapi reform ini adalah kepercayaan kita yang bersungguh-sungguh dan melakukan ia dengan sedaya upaya kita untuk perubahan itu.
01:46Sebab itu perubahan yang paling penting cikgu-cikgu sekalian adalah perubahan di dalam kelas kita.
01:52Itu adalah sekecil-kecil reformasi yang kita boleh lakukan dalam masa yang sama, ia boleh menjadi sebesar-besar reformasi apabila
02:02anak-anak kita mendapat manfaatnya.
02:07Sebab itu anak-anak kita tak tahu kita mesyuarat, kita balik pukul berapa, anak-anak kita tak pernah tahu.
02:13Yang mereka tahu apakah perubahan yang berlaku di sekolah mereka? Apakah mereka mendapat manfaat itu? Apakah mereka akhlaknya bertambah baik?
02:19Adakah keputusan matriks pembelajaran SPM mereka bertambah baik?
02:26Adakah mereka merasa selamat di sekolah itu?
02:28Itu perubahan-perubahan yang mesti dirasai oleh anak-anak kita.
02:34Sebab itu saya fikir tuan-tuan dan perempuan, guru-guru dan anak-anak yang kita beri sekalian program ini adalah
02:41untuk melihat bahawa kita menghargai setiap kisah reformasi yang berlaku baik.
02:49Di sekolah mana sekalipun.
02:51Saya bangga untuk menyebut bahawa maknanya nyala ini adalah sebuah penghargaan yang kita berikan itu meliputi semua aspek.
03:04Sekolah pedalaman ada, sekolah di bandar juga ada, sekolah pinggir bandar ada, semua sekolah terlibat.
03:12Saya secara peribadi juga, saya sangat menyanjungi jemaah nazi, seluruh keseluruhan pasukan jemaah nazi.
03:22Yang saya rasa ketika ini sedang memberikan yang terbaik dengan panduan-panduan yang saya berikan supaya jemaah nazi ini dilihat
03:32haibahnya itu bukan sekadar muncul untuk membetulkan, mencari kesilapan, tidak.
03:40Tetapi lebih kepada membimbing, mengangkat martabat guru dan juga memastikan sekolah-sekolah kita ini hebat, tuan-tuan dan puan-puan.
03:50Tuan-tuan dan puan-puan, nyala ini memang kita letakkan dia sebagai sebuah program yang mesti hidup sebab itu namanya
04:00nyala.
04:00Nyala ini tidak boleh padam sama sekali sebab itu dia akan terus menyala.
04:07Jadi sebab itu dalam kita bercakap tentang reformasi pendidikan, ia tidak boleh hanya hidup dalam dokumen.
04:14Ia mesti hidup dalam bilik darjah, dalam hubungan antara guru dengan murid, dalam keputusan yang dibuat oleh semua pemimpin sekolah
04:23dan dalam setiap usaha yang memastikan tiada anak yang tercicir daripada peluang pendidikan.
04:29Reformasi juga tak boleh bergantung pada siapa yang menjadi menteri.
04:34Ia mesti menjadi budaya dan seluruh ekosistem pendidikan negara.
04:39Kita perlu terus berani menilai, memperbaiki dan memastikan setiap perubahan membawa hasil kepada anak-anak kita.
04:48Reformasi bukan semata-mata melihat kepada siapa menterinya tapi adalah kerja keras, iltizam semua yang mencintai dunia pendidikan.
04:58Dan saya sangat percaya bahawa pendidikan ini tidak akan pernah padam dan akan terus menyala selagi ada guru yang memegang
05:07jiwa dan arah pendidikan ini.
05:10Jadi kepada semua penerima anugerah nyala, tahniah saya ucapkan, teruskan usaha, jangan berhenti pada pengiktirafan yang diterima pada hari ini.
05:24Jadikan ini sebagai kejayaan yang akan terus mendorong kejayaan-kejayaan yang lain.
05:29Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada ribuan warga pendidikan yang tidak berada di pentas ini.
05:34Guru, pemimpin sekolah, anggota kumpulan pelaksana, pegawai pendidikan dan semua yang bekerja di belakang tabi.
05:41Jadi ini semua pengorbanan yang akan tercatat dalam kisah-kisah reformasi yang akan terus kita angkat.
05:48Jadi itulah nyala yang kita mahu raikan, itulah dia reformasi yang perlu kita teruskan dan itulah nyala yang mesti kita
05:55hidupkan demi setiap anak, setiap keluarga dan masa depan pendidikan negara.
06:18Terima kasih.
Comments