• 3 minutes ago
Tiga mayat ditemukan pada kedalaman antara 30 hingga 40 meter dalam operasi mencari dan menyelamat 26 pekerja yang dipercayai terperangkap di sebuah lombong yang ditenggelami air di Jawa Barat, Indonesia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, tiga mayat ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat 26 pekerja yang dipercayai terperangkap di sebuah lombong yang ditengalami air
00:10di Jawa Barat, Indonesia.
00:12Menurut agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia pada Rabu, kesemua mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemukan pada kedalaman antara
00:2130 hingga 40 meter.
00:23Para pekerja berkenaan terperangkap di lombong sedalam 100 meter sejak Isnin, susulan hujan lebat yang menyebabkan lombong itu ditengalami air.
00:31Operasi menyelamat berdepan cabaran berikutan laruan masuk yang sempit selain keadaan persekitarannya licin dan gelap.
00:37Pihak berkuasa turut mengepam keluar air dari lombong berkenaan bagi memudahkan operasi pencarian.
00:42Sementara itu, ahli keluarga pekerja yang hilang terus menanti perkembangan operasi menyelamat termasuk Yuyu 50 tahun yang berharap anak lelakinya
00:50Haikal 18 tahun dapat ditemukan.
00:53Dia bilang, ibu mau pergi ke gunung, mau cuman sebentar ini mau apa, mau ngambil buntut katanya sebelum ada yang
01:02masuk, belum punya yang waktu masuk katanya gitu.
01:07Cuman sebentar ini, nanti malam juga pulang katanya gitu.
01:11Pengen cepat diketemukan, mudah-mudahan cepat diketemukan, dilancarkan semuanya, dia cepat pulang ke sini sama ibu.

Recommended