• 27 minutes ago
Polis menumpaskan kumpulan dikenali sebagai Geng Tok Wan selepas menahan empat lelaki berusia 43 hingga 67 tahun dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Manggol, Kubang Pasu, Kedah, dengan rampasan 3.179 kilogram ganja bernilai RM9,600.
Transcript
00:00Polis berjaya menumpaskan kumpulan disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dikenali sebagai geng Tok Wan dalam satu serbuan di Kubang
00:10Pasu, Kedah.
00:12Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintender Mohd Razie Abdul Rahim berkata, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota bahagian siasatan jenayah
00:21narkotik IPD Kubang Pasu, kira-kira jam 9.50 malam selasa lalu.
00:28Empat lelaki berusia antara 43 hingga 67 tahun ditahan dengan rampasan dadah jenis ganja seberat 3.179 kg bernilai RM9
00:39,600.
00:40Serbuan di sebuah rumah di Jalan Bukit Wang, Kampung Manggol itu dilakukan hasil maklumat risikan.
00:46Menurut beliau, seorang suspek cuba melarikan diri ke bahagian belakang rumah sebaik menyedari kehadiran polis namun berjaya ditahan.
00:54Pemeriksaan ke atas suspek menemui satu bungkusan plastik yang mengandungi tiga bungkusan kecil berisi tumbuhan mampat di syakir ganja seberat
01:033.119 kg.
01:06Dalam serbuan sama, polis turut menahan tiga lelaki lain yang berada di ruang tamu rumah perkenaan.
01:11Pemeriksaan lanjut menemui dadah jenis bunga ganja seberat 8.58 gram serta satu lagi bungkusan tumbuhan mampat di syakir ganja
01:20seberat 51.45 gram.
01:23Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua empat suspek positif dadah jenis tetrahidrokanabinol atau THC.
01:31Polis percaya suspek berusia 61 tahun merupakan ketua kumpulan berdasarkan tindakan yang cuba melarikan diri bersama bungkusan dadah ketika serbuan.
01:40Siasatan awal mendapati bekalan dadah dipercayai diperoleh daripada pengedar tempatan untuk pasaran sekitar kuban pasu.
01:48Polis kini sedang mengesan individu yang dipercayai membekalkan dadah berkenaan bagi melengkapkan siasatan.
01:54Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Recommended