Portal Pembasmi Kemiskinan atau e-kasih dimanfaatkan sepenuhnya orang ramai khususnya penduduk di Sabah yang teruk terjejas akibat pandemik Covid-19. Portal di bawah Jabatan Perdana Menteri itu menjadi pilihan utama penduduk selepas pemakluman mengenai manfaatnya dimaklumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lalu.