Berbaki kurang seminggu sebelum sambutan perayaan Deepavali, namun persiapan Sambutan Pesta Cahaya itu dilihat hambar, lebih-lebih dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB) yang bermula Isnin.
Tinjauan Astro AWANI di Little India di Jalan Bendahara Melaka, yang sebelum ini ibarat ‘pesta’ setiap kali tiba perayaan, mendapati lokasi berkenaan suram berbanding tahun-tahun sebelum ini.