Menurut Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak, langkah yang bersifat serampang dua mata perlu dilakukan bagi menangani ancaman COVID-19 dan tekanan ekonomi.
Kata beliau, dua langkah tersebut iaitu pengeluaran pukal KWSP dan lanjutan moratorium pinjaman tidak melibatkan defisit kerajaan atau hutang negara.