Skip to playerSkip to main content
  • 5 years ago
Firma Biotech Amerika Syarikat (AS), Moderna Inc pada Isnin mendakwa vaksin COVID-19 yang dihasilkannya adalah 94.5 peratus berkesan untuk menangani jangkitan virus berkenaan.
Memetik laporan reuters, moderna berkata ia berdasarkan data interim daripada ujian klinikal peringkat akhir.
Ia sekali gus menjadikan moderna sebagai syarikat as kedua dalam masa seminggu untuk melaporkan keputusan yang memberangsangkan.
Analisis interim moderna dibuat berdasarkan 95 jangkitan dalam kalangan peserta yang menerima suntikan plasebo atau suntikan vaksin.
Daripada jumlah tersebut, hanya lima jangkitan berlaku kepada mereka yang menerima dua suntikan vaksin selang 28 hari.

Category

🎈
Fun

Recommended