00:00Pada petang ini, saya bersama yang berhormat Tuan Syafiq Ingah, Ahli Dewan Negeri Sungai Rama,
00:08telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Speaker Dewan Negeri Selangor yang berhormat Tuan Lau Eng San,
00:17dan saya telah menyerahkan notis secara bertulis,
00:22kekosongan luar jangka kerusi Ahli Dewan Negeri Selat Kelang,
00:28menurut Perkara 65 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
00:35Dalam perbincangan saya dengan Speaker Dewan, saya juga telah menarik perhatian beliau
00:42mengenai Perkara 65 Kurungan 3 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959
00:51yang menyebut apabila Speaker Dewan menerima notis bertulis daripada mana-mana Ahli Dewan Negeri,
01:02dalam konteks ini saya selaku Ahli Dewan Negeri Ulu Kelang,
01:07mengenai berlakunya kekosongan luar jangka dalam kalangan Ahli Dewan Negeri di bawah perkara ini,
01:15Speaker Dewan hendaklah memastikan bahawa berlakunya kekosongan luar jangka
01:22dan memberitahu SPR sewajarnya dalam tempoh 21 hari dari tarikh dia menerima notis bertulis tersebut.
01:33Maknanya hari ini Speaker Dewan telahpun menerima secara resmi notis secara bertulis,
01:41beliau di bawah peruntukan pelembagaan negeri mempunyai 21 hari untuk memastikan kekosongan luar jangka
01:52dan memaklumkan kepada SPR.
01:57Saya juga telah menarik perhatian Speaker tentang Perkara 65 Kurungan 1 Kurungan E Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959
02:09di mana seseorang Ahli Dewan Negeri hendaklah terhenti menjadi Ahli Dewan Negeri itu dan kerusinya hendaklah menjadi kosong
02:21sebaik sahaja suatu tarikh kekosongan luar jangka dipastikan oleh Speaker Dewan di bawah fasal 3
02:31jika Ahli Dewan Negeri yang berkenaan tidak lagi menjadi anggota parti politik.
02:39Di sini saya telah menjelaskan kepada Speaker Dewan bahwa status yang berhormat Datuk Abdul Rashid bin Assari
02:48yang tidak lagi menjadi Ahli Parti Peribumi Bersatu Malaysia ataupun Bersatu
02:56menjadikan beliau terhenti menjadi Ahli Dewan Negeri Selat Kelang dan kerusi Selat Kelang hendaklah dikosongkan.
03:08Speaker juga telah dimaklumkan bahwa satu notis pemakluman telah disampaikan kepada yang berhormat Datuk Abdul Rashid bin Assari
03:19pada 12 Jun 2024 yang memaklumkan bahwa keahlian beliau dalam Bersatu terhenti serta merta
03:30seperti yang termaktub di bawah fasal 10.4 Perlembagaan Bersatu kerana ketidakpatuhan yang berhormat Datuk Abdul Rashid bin Assari
03:40kepada arahan MPT Bersatu di bawah fasal 10.5 Perlembagaan Bersatu yang dikeluarkan pada 17 Mei 2024.
03:52Dalam perbincangan tadi saya telah menyerahkan selain daripada notis, dua dokumen tambahan yaitu notis pemakluman
04:03tentang keperluan seseorang Ahli Bersatu untuk mematuhi arahan-arahan MPT Bersatu yang bertarikh 17 Mei
04:15di mana yang berhormat Datuk Abdul Rashid bin Assari diberi tempuh selama dua minggu untuk mematuhi arahan-arahan MPT Bersatu.
04:28Malangnya setelah tamat tempuh dua minggu, beliau telah gagal dan telah engkar dan tidak mematuhi arahan MPT Bersatu
04:39maka pada 12 Jun 2024 kita telah mengeluarkan satu lagi notis pemakluman kepada Datuk Abdul Rashid bin Assari
04:48bahwa keahlian beliau sebagai Ahli Bersatu telah terhenti serta merta.
04:55Jadi dua-dua dokumen tambahan ini juga telah kami serahkan kepada yang berhormat Speaker Dewan
05:02untuk membantu beliau meneliti perkara ini.
05:07Saya juga turut menarik perhatian yang berhormat Speaker Dewan mengenai Akta Pertubuhan 1966,
05:15Seksyen 18 C yang menegaskan bahwa keputusan sesuatu parti politik tentang pentafsiran perlembagaan,
05:24kaedah-kaedah atau peraturan-peraturannya atau tentang apa-apa perkara yang berhubungan dengan hal ehwal parti itu adalah muktamad dan konklusif.
05:39Maka pada petang ini saya telah memohon Speaker Dewan untuk membuat pemastian bahwa telah berlakunya kekosongan luar jangka untuk kursi selat kelang
05:51dan seterusnya menurut perkara 65 kurungan 3 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959
06:00Speaker Dewan hendaklah memberitahu SPR sewajarnya dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan notis bertulis
06:09yang saya serahkan dengan tangan kepada Speaker Dewan pada petang ini
06:13supaya proses pilihan raya dapat diatur bagi mengisi kekosongan kursi selat kelang.
06:22Oleh demikian, saya mendesak supaya Speaker Dewan berpegang kepada dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959
06:38dan Undang-Undang Negara dalam menjalankan tugas dan fungsi beliau di bawah perkara 65 kurungan 3 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
06:50Saya juga telah mengingatkan Speaker Dewan perlu mematuhi dan menunaikan sumpah jawatan beliau
07:01untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Negeri Selangor
07:07ataupun Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
07:13Saya mengucapkan terima kasih kepada Speaker Dewan yang telah memberikan ruang ini
07:20untuk saya dan juga yang berhormat Sungai Ramal
07:25bertemu dan berbincang dan menyerahkan notis secara bertulis
07:29berhubung kekosongan luar jangka kursi selat kelang
07:33dan beliau telahpun mengesahkan penerimaan
07:37dan telah memberi jaminan bahwa beliau akan memberikan perhatian dengan cukup teliti
07:45di atas notis ini dan juga dokumen-dokumen tambahan yang kami lampirkan
07:51dan beliau akan membuat keputusan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan
07:59Beliau memberi jaminan bahwa beliau akan meneliti notis yang telah dikemukakan secara bertulis
08:08berhubung kekosongan luar jangka kursi selat kelang
08:12dan beliau juga telah memberikan pengakuan bahwa semua lampiran dan dokumen tambahan itu
08:19akan diteliti dengan cermat dan keputusan akan dibuat
08:25bersandarkan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959
08:31Saya sebut di awal tadi, Speaker Dewan bertanggungjawab untuk membuat keputusan
08:40yang termaktub di dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor
08:47di mana dalam tempoh 21 hari, Speaker mesti membuat keputusan
08:54keputusan bukan di tangan pihak lain
08:58setakat hari ini, itulah Perlembagaan yang terpakai dan itulah Undang-Undang Negeri Kerajaan Selangor yang kita pakai
09:09di mana dalam tempoh yang telah ditetapkan
09:12tidak ada mana-mana fasal dalam Perlembagaan ataupun dalam Undang-Undang Tubuh Negeri
09:20yang membolehkan extension of time bagi Speaker membuat keputusan
09:27jadi Speaker tertakluk kepada Undang-Undang yang sedia ada
09:32yaitu dalam tempoh 21 hari, keputusan mesti dibuat oleh Speaker Dewan
09:42www.undang-undang.com
Comments