00:00Sepasang suami isteri muda didakwa di Mahkamah Session Alur Gajah atas pertuduhan mendera anak kandung mereka yang baru berusia 2 bulan di sebuah rumah sejak 2 minggu lalu,
00:11tertuduh Nur Khairuni Sa'jusni dan suaminya Muhammad Nur Azim Abdullah yang masing-masing berusia 22 tahun bagaimana pun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Aiza Khairuddin.
00:23Mengikut pertuduhan, pasangan berkenaan didakwa telah mendedahkan anak lelaki mereka yang berusia 2 bulan dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan.
00:36Kesalahan itu dilakukan di alamat sebuah rumah di Taman Seri Pelangi di Alur Gajah antara 2 hingga 5 Mei lalu.
00:43Mereka didakwa mengikut Seksyen 31 Kurungan 1 Kurungan A Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Kesiksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
01:02Nur Khairun Nisa menafikan melakukan perbuatan seperti dituduh sebaliknya mendakwa anaknya hanya terjatuh.
01:07Mahkamah membenarkan setiap tertuduh di Kak Jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan beberapa syarat tambahan.
01:16Mahkamah turut menetapkan 12 Jun ini untuk sebutan semula kes.
01:20Pasangan suami isteri muda tersebut ditahan minggu lalu selepas disyaki mendera bayi itu di kediaman mereka di Taman Seri Pelangi, Alur Gajah.
01:29Kejadian itu terbongkar selepas ibu mangsa menghantar anaknya ke hospital Alur Gajah dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mendakwa konon yang diserang sawan sebelum meninggalkannya di situ.
01:41Bayi tersebut kemudian dirujuk ke hospital Melaka sebelum doktor pakar mendapati kesalah bam, luka di badan dan leher serta pendarahan lama dan baru dalam kepala bayi.
01:52Berdasarkan pemeriksaan, bayi itu turut dipercaya dihempas ke lantai tandas rumah dan ditekan di bahagian dada.
01:59Terima kasih telah menonton!