• 5 minutes ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan berani kerajaan menangani krisis Asia Barat dan reformasi Ekonomi MADANI memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tindakan berani kerajaan menangani krisis Asia Barat disokong reformasi di bawah ekonomi badani telah memperkukuh daya tahan ekonomi negara.
00:09Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu membolehkan Malaysia mencatat antara prestasi ekonomi terbaik di rantau ini meskipun
00:16berdepan pelbagai ketidaktentuan global.
00:21Menerusi kenyataan Kementerian Kewangan pada Rabu, Anwar menegaskan langkah proaktif kerajaan dalam memelihara kestabilan ekonomi dan menjamin bekalan bahan api,
00:31susulan krisis Asia Barat turut membantu mengekalkan pertumbuhan kukuh.
00:35Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan 5.5% pada suku ketiga 2026 berbanding 4.8% bagi tempoh sama tahun lalu.
00:45Pertumbuhan itu disokong permintaan domestik yang meningkat 4.8% manakala ekspor lonjak 46%.
00:53Malah nilai ekspor bulanan negara mencatat rekod tertinggi dalam sejarah pada September iaitu 215.1 bilion ringgit.
01:02Prestasi positif itu turut disertai penurunan kadar pengangguran kepada 2.9% manakala inflasi kekal terkawal pada 1.8%.
01:12Melangkah ke-2027, kerajaan kekal optimis terhadap prospek ekonomi negara namun terus berwaspada terhadap ketegangan geopolitik dan risiko berkaitan iklim.
Comments

Recommended