• 2 hours ago
Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berharap Muhammad Hafizuddin Roslin pulih dengan baik selepas lengan kanannya terpaksa dipotong untuk menyelamatkan nyawanya. Atlet berusia 22 tahun itu meraih emas pada penampilan sulungnya di Sukan Komanwel Glasgow.
Transcript
00:00Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Muhammad Nurza Zakaria berharap kebajikan atlet angkat berat negara Muhammad Hafizuddin Roslin terus dijaga
00:10selepas lengan kanannya terpaksa dipotong susulan kemalangan jalan raya pada Isnin.
00:15Nurza menifatkan kejadian yang menimpa atlet berusia 22 tahun itu amat menyedihkan. Beliau berharap Hafizuddin pulih dengan baik dan keluarganya
00:24tabah menghadapi ujian ini.
00:25Beliau yakin Majlis Sukan Negara MSN, Menteri Beledan Sukan serta pihak berkaitan akan memastikan kebajikan Hafizuddin terpelihara.
00:34Terdahulu Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia Dato' Ayub Rahmat dilaporkan berkata Hafizuddin menjalani pembedahan selama 7 jam pada Selasa.
00:44Doktor terpaksa memotong lengan kanannya untuk menyelamatkan nyawanya.
00:48MSN sebelum ini memaklumkan Hafizuddin turut mengalami kecederaan serius di kaki dan kepala serta pengumpulan darah di bahu kanan.
00:57Atlet kelahiran Perlis itu meraih pingat emas kategori 88 kg lelaki dalam penampilan pertamanya di Sukan Kemanuel Glasgow pada Julai
01:07lalu.
01:16Terima kasih kerana menonton!

Recommended