• 3 minutes ago
Felo Akademi Sains Malaysia, Dr Hezri Adnan berpandangan, pendekatan pembangunan industri itu perlu beralih daripada sekadar menarik kemasukan modal asing kepada usaha menggembleng kepakaran kerajaan, saintis dan sektor kewangan bagi membangunkan ekosistem ekonomi hijau yang mampan.
Transcript
00:00Malaysia perlu mengutamakan pelaburan pusat data yang bukan sahaja menawarkan pulangan ekonomi tinggi tetapi turut menyumbang kepada kelestarian sumber alam
00:09dan pengukuhan ekosistem negara.
00:11Fellow Akademi Sains Malaysia Dr. Hazri Adnan berpandangan pendekatan pembangunan industri itu perlu beralih daripada sekadar menarik kemasukan modal asing
00:20kepada usaha mengembeling kepakaran kerajaan, saintis dan sektor kewangan bagi membangunkan ekosistem ekonomi hijau yang mampan.
00:30Menurutnya kerjasama sedemikian penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi digital tidak meningkatkan tekanan terhadap sumber air dan tenaga, sebaliknya turut menyumbang
00:40kepada daya tahan infrastruktur serta alam sekitar negara.
00:44Selagi kita tidak melihat pelaburan itu dari perspektif sistem ekologi, saya rasa perkara yang sama akan berulang dan tekanan terhadap
00:55ekosistem akan terus berlangsung.
00:56Pada masa yang sama, keadaan perubahan iklim makin tidak menentu. Saya rasa Asia, Tenggara, reaksi Tenggara, kita ada asian values,
01:09kita pun ada kekitaan kita.
01:12Saya rasa boleh bekerjasama untuk membangunkan satu wilayah yang lebih mempunyai pendekatan ekonomi hijau yang tersendiri.
01:20Dalam pada itu, beliau berkata lokasi pembangunan pusat data juga perlu diberikan perhatian kerana tekanan terhadap sumber air boleh menjadi
01:29lebih ketara jika berlaku pencemaran atau perubahan iklim yang menjejaskan bekalan air.
01:35Beliau berkata demikian dalam agenda Awani pada Selasa.
01:39Terima kasih telah menonton!

Recommended